Pierre Andre Dan Sharifah Amani Kembali 'Bercinta'

Diterbitkan: Jumaat, 7 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pierre Andre dan Sharifah Amani
Pierre Andre dan Sharifah Amani

PETALING JAYA: Setelah sekian lama tidak menyaksikan gandingan mantap antara pelakon Pierre Andre dan Sharifah Amani sejak drama Cinderalla, kini mereka kembali bergandingan menerusi drama cinta, Tiramisu yang akan ditayangkan di slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam.

Drama bersiri 28 episod terbitan FIlscape itu diarahkan oleh Faizal Ishan dan skripnya ditulis oleh Eddie Mazlan.

Tiramisu mengisahkan cinta antara dua teman rapat iaitu Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre) yang dikenali sejak zaman persekolahan.

Dani merupakan seorang pelajar yang sering menjadi perhatian oleh pelajar-pelajar perempuan di sekolahnya, tetapi tidak pula buat Melur.

Personaliti Melur yang berbeza berbanding pelajar perempuan lain membuatkan Dani ingin berkenalan dan mendampingi Melur.

Kedua-dua mereka mula rapat setelah Dani cuba mengatasi masalah Melur yang sering diganggu oleh pemiutangnya.

Keserasian mereka membuatkan Dani dan Melur mula menyimpan perasaan terhadap diri masing-masing tetapi enggan memikirkan tentang cinta kerana usia masih lagi muda.

Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang tukang masak pastry walaupun bunya, Gai (Shiela Mambo), mengharapkannya untuk menjadi seorang peguam yang berjaya.

Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuat kek Tiramisu. Akhirnya Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.

Sebelum Dani menyambung pelajarannya ke London, Dani berjanji pada Melur, sekiranya mereka masih lagi bujang di usia 28 tahun, mereka akan berkahwin.

Bagaimanapun, selepas Dani ke London, perhubungan mereka menerusi emel hanya seketika dan hubungan mereka terputu dan membawa haluan masing-masing.

Setelah beberapa tahun berlalu, Dani kembali ke tanah air sebagai pastry Chef terkenal di London dan dia bercadang untuk membina nama pula di Malaysia.

Pada masa yang sama Dani ingin mencari Melur, namun dia telah pun berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan dulu mula menaruh harapan agar Dani jatuh cinta padanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan