Taylor Swift, Jake Gyllenhaal Berpisah?

Diterbitkan: Khamis, 6 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Taylor Swift
Taylor Swift

NEW YORK: Penyanyi lagu country popular Taylor Swift, 21, dan kekasihnya aktor Jake Gyllenhaal, 30, dilaporkan telah berpisah walaupun baru saja menjalin hubungan kurang daripada sebulan.

"Mereka telah berpisah. Hubungan yang baru terjalin kurang daripada sebulan itu sudah berakhir," kata satu sumber yang dipetik laman web people.com.

Punca perpisahan masih tidak diketahui dan wakil kedua-dua bintang itu enggan memberikan sebarang ulasan mengenai hal tersebut.

Pasangan itu dikatakan menyambut tahun baru secara berasingan. Swift menyambutnya di Nashville sementara Gyllenhaal meraikan tahun baru dalam satu majlis di New York.

Pasangan itu dilihat bersama-sama di khalayak umum pada 9 Disember lalu di Los Angeles.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan