Doktor Michael Jackson Hadapi Perbicaraan

Diterbitkan: Khamis, 6 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr. Conrad Murray
Dr. Conrad Murray

LOS ANGELES: Doktor peribadi penyanyi Michael Jackson iaitu Dr Conrad Murray yang menghadapi pertuduhan sehingga menyebabkan kematian raja pop itu hadir pada pra-perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Agung Los Angeles, di sini, Rabu.

Timbalan Pendakwaraya daerah Los Angeles, David Walgen mendakwa Munray gagal menghubungi talian kecemasan 911 serta-merta apabila penyanyi itu mendapat serangan jantung dan enggan memaklumkan kepada paramedik tindakan yang telah dilakukannya apabila keadaan cemas itu berlaku.

Dr Munray yang dituduh memberikan dos sedatif yang berlebihan kepada Jackson juga didakwa telah memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) secara salah sambil menyangkal kenyataan peguam Murray yang mendakwa Jackson sebaliknya telah menyuntik dirinya sendiri dengan dos yang berlebihan.

"Berdasarkan pendapat pakar perubatan, mereka akan mengeluarkan laporan yang sangat bercanggah dengan dakwaan peguam doktor itu.

"Malah, ia turut menjelaskan Murray telah memberikan bantuan pernafasan kecemasan dengan cara yang salah," kata Walgren pada hari pertama pra-perbicaraan kes tersebut.

Sementara itu, ibu kepada Jackson, adik perempuannya LaToya dan abangnya Jackie turut kelihatan di mahkamah bagi mendengar pra-perbicaraan selama dua minggu yang dijangka memanggil 35 saksi itu.

Pra-perbicaraan tersebut bakal mengemukakan bukti untuk membicarakan Murray atas kematian penyanyi itu pada 25 Jun 2009.

Walgren mendakwa Murray telah memberikan sedatif yang sangat kuat pada setiap malam selama hampir dua bulan bagi membantu penyanyi itu yang mengalami kesukaran untuk tidur.

Antara saksi terawal yang dipanggil adalah bekas pembantu peribadi penyanyi itu, Michael Williams yang berkata, dia menerima pesanan suara daripada Murray pada pukul 12.13 tengah hari pada hari kematian penyanyi itu dan meminta untuk datang segera ke kediaman penyanyi itu.

Selepas mengarahkan dua pegawai keselamatan menemaninya, dia mendapati penyanyi itu terbaring di atas katil dan memetik kenyataan pengurus penyanyi itu, Frank Dileo kepada anak-anak Jackson: "Ayah (Jackson) mendapat serangan jantung dan telah meninggal dunia," dan dibalas oleh Murray dengan berkata: "Jangan cakap begitu. Kita masih belum pasti."

Walgren seterusnya bertanya kepada Williams mengenai 'permintaan pelik' Murray kepada dirinya.

"Mr. Jackson perlukan krim dan tidak mahu orang lain mengetahui perkara itu. Boleh tak awak minta sesiapa pergi ke belakang rumah dan dapatkan krim tersebut?" katanya yang memetik permintaan Murray itu.

Williams mengakui permintaan doktor itu adalah pelik kerana dia mengetahui Jackson telah meninggal dunia.

Dia juga percaya Murray telah berbohong kerana doktor itu didapati menghilangkan diri selepas mayat penyanyi itu dihantar ke hospital.

Murray, seorang pakar kardiologi dituduh memberikan sedatif dengan dos yang berlebihan bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah tidur penyanyi itu.

Murray bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Dalam perbicaraan terdahulu, Walgren berkata salah satu kegagalan paling ketara Murray adalah dengan memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada Jackson di atas sofa yang lembut dan bukannya di atas permukaan keras.

Hakim Michael Pastor akan menentukan sama ada pertuduhan yang dikenakan terhadap Murray mempunyai bukti kukuh untuk membicarakan doktor berusia 57 tahun itu di mahkamah kelak.

Jackson meninggal dunia pada usia 50 tahun atas serangan jantung ekoran pengambilan dos ubat yang berlebihan. - AFP

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan