Bintang Filem Bollywood Di Singapura

Diterbitkan: Khamis, 6 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shah Rukh Khan
Shah Rukh Khan

PETALING JAYA: Bintang filem popular Bollywood dijangka akan menghadiri Zee Cine Awards yang akan diadakan di Singapura pada 14 Januari ini.

Antara bintang-bintang hebat yang disahkan akan datang seperti Shah Rukh Khan, Akshay Kumar, Aishwarya Rai, Deepika Padukone, Priyanka Chopra dan Arjun Rampal.

Lebih menarik, Shah Rukh Khan dikatakan akan membuat persembahan nyanyian menggunakan suara asalnya serta menari di atas pentas.

Zee Cine Awards adalah anugerah tahunan yang dikendalikan oleh saluran televisyen popular India iaitu Zee Network. Ia merupakan salah satu pilihan saluran untuk penonton mengikuti filem-filem Hindi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan