Diddy Hirdy Tenang Lihat Wajah Anak Sulung

Diterbitkan: Selasa, 4 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Diddy bersama anak perempuannya Nadra Aryssa Jauza
Diddy bersama anak perempuannya Nadra Aryssa Jauza

PETALING JAYA: Penyanyi Diddy Hirdy atau pun Syamsul Hirdy Muhid mengakui tidak mampu mengambarkan perasaan bercampur baur antara gembira dan terharu apabila isterinya Allen Nor Azah Musa selamat menimang cahaya mata pertama, Isnin.

Bayi perempuan seberat 3.45 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada pukul 9.30 pagi setelah diberitahu berkedudukan songsang.

“Alhamdulilah semuanya selamat walaupun lahir secara pembedahan kerana berkedudukan songsang.

“Susah untuk mengambarkan perasaan saya ketika itu. Dan selepas selamat perasaan gembira sedih bercampur baur. Memang ini yang saya nantikan selama ini,” ujarnya yang memberi telah nama Nadra Aryssa Jauza.

Diddy juga memberitahu berasa tenang setiap kali melihat wajah anaknya.

Selain itu, dia teruja dan bersedia untuk menjalani tanggungjawab sebagai seorang bapa.

“Ini hadiah tahun baru dan semangat baru saya. Dari segi persiapan mental saya memang sudah bersedia untuk menjadi seorang ayah.

“Banyak perkara tentang bayi yang sedikit sebanyak saya belajar daripada anak-anak saudara saya,” katanya.

Selain itu, pasangan yang bernikah pada 6 Februari tahun lalu itu mengakui rezeki semakin bertambah sejak isterinya mengandung lagi.

“Saya akui banyak tawaran yang saya dapat sejak isteri saya mengandung. Saya percaya Allah akan lebih permudahkan jalan terutamanya rezeki bila kita berumah tangga dan berkeluarga,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan