60,000 Pengunjung Kunjungi Gempak Astro Revo

Diterbitkan: Selasa, 4 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Farish Aziz mengacarakan program tersebut
Farish Aziz mengacarakan program tersebut

PASIR GUDANG: Seramai 60, 000 pengunjung membanjiri Gempak Astro Revo yang diadakan di Taman Bandar Pasir Gudang, Johor Bahru , Ahad lalu.

Ia sebagai tanda kejayaan Astro menembusi sasaran penonton TV Melayu dengan menarik lebih ramai pelanggan baru dari kawasan bandar dan luar bandar untuk melanggan pakej-pakej sedia ada dan yang baru diperkenalkan sepanjang tahun ini.

Ketua Pemasaran Segmen Melayu Astro, Molina Musa berkata penganjuran Gempak Astro Revo merupakan platform terbaik bagi Astro sebagai tanda penghargaan kepada sokongan pelanggan setia kami selama ini.

“Sokongan yang tidak berbelah bagi inilah yang menjadi inspirasi dan menambahkan semangat kami untuk terus mengorak langkah secara berterusan dalam menyediakan perkhidmatan dan program-program terbaik yang bersifat interaktif dan dekat dengan jiwa para pelanggan kami”.

“Konsert percuma dan karnival sepanjang hari yang terbuka kepada orang ramai ini turut bertujuan mempromosikan program-program yang disiarkan Astro seperti Anda Ada 60 Saat, pakej Mustika dan Saluran Fiesta yang telah dilancarkan baru-baru ini," ujarnya.

Usaha menggabungkan program-program terbaik tempatan dan antarabangsa serta promosi-promosi bergerak ini mampu meningkatkan minat orang ramai untuk melanggan perkhidmatan Astro, Astro B.yond dan pakej-pakej premium selain menambat kesetiaan pelanggan sedia ada.

Pada masa yang sama, ia juga memberikan peluang kepada peniaga-peniaga kecil tempatan untuk bersama-sama menjayakan karnival & konsert ini.

Gempak Astro Revo telah membawakan satu-satunya konsert yang memaparkan fenomena muzik daripada pelbagai genre yang mana menggabungkan bintang-bintang realiti, pejuang muzik Indie dan disertai seorang lagenda rock.

Konsert yang dihoskan oleh Lisa Surihani dan Zainal Alam Kadir ini juga telah menghimpunkan artis-artis terhebat seperti Amy Search, Meet Uncle Hussain, Jaclyn Victor, Taufik Batisah, Zahid, Hazama dan ramai lagi.

Setiap artis telah menyanyikan lagu hit masing – masing dan juga lagu lama yang akan dinyanyikan semula.

Antaranya ialah Isi dan Kuku oleh Amy Search, Sekadar di Pinggiran oleh Jaclyn Victor, Drama King oleh Meet Uncle Hussain dan Milikku oleh Zahid.

Sepanjang tahun ini, sebanyak 38 buah lokasi telah dijelajahi di bawah payung Gempak melalui program Gempak Desa Astro, Gempak Selebriti Astro, Gempak Astro dan Marhaban di Astro.

“Kami juga sentiasa berusaha untuk memberikan hiburan menarik yang bersesuaian mengikut aliran terkini menggunakan latar belakang dan konsep semasa.

"Misalnya sewaktu kerancakkan demam Piala Dunia 2010, kami hadir dengan konsep persembahan Gempak Astro Rockabola manakala Marhaban Di Astro dijalankan sepanjang bulan Ramadan yang lalu. Kini, dengan populariti muzik genre Indie, kami hadir dengan Gempak Astro Revo yang menggabungkan persembahan pelbagai genre muzik termasuk genre pemuzik Indie" tambah Molina.

Sementara itu, pelbagai acara permainan hiburan telah diadakan bermula seawal 9.00 pagi. Menjelang Konsert Gempak Astro Revo yang hanya bermula pada 9.00 malam, pengunjung termasuk kanak-kanak dan golongan dewasa telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara mengikut kegemaran mereka.

Di antaranya adalah pertunjukkan bola sepak ’ Dr Freestyler’, pertandingan futsal, aktiviti Permainan WII game, bengkel kaligrafi bersama Ustaz Dinie, permainan PS3 dan pameran serta demonstrasi Mad Science TVIQ.

Nantikan acara-acara promosi bergerak di bawah payung Gempak yang telah diaturkan pasukan pemasaran Melayu Astro untuk tahun 2011.

Untuk maklumat terkini, sertailah facebook Gempak di www.facebook.com/GempakAstro

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan