Rosyam Langgar Pantang, Dedah Dua Anak

Diterbitkan: Jumaat, 31 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rosyam bersama dua anak gadisnya.
Rosyam bersama dua anak gadisnya.

PETALING JAYA: Pelakon Rosyam Nor, 43, sebelum ini pernah menegaskan bahawa dia tidak akan mendedahkan keluarganya kepada umum tetapi sebaliknya pelakon itu dilihat muncul bersama dua anak gadisnya pada majlis Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada 24 Disember lalu.

Kata Rosyam, kehadiran dua anaknya iaitu Arniesha Azureen, 21, dan Nur Anis, 17, pada majlis itu bukan kerana dia tidak tegas dengan pendiriannya tetapi kedua-dua anaknya itu memujuknya untuk merasai kehangatan majlis tersebut.

"Sebenarnya saya tak terfikir pun untuk membawa mereka tapi pada saat-saat akhir mereka pujuk saya sebab teringin nak rasa kehangatan ASK2010 bersama saya. Selain itu mereka merupakan peminat Anuar Zain.

"Lagipun bila anak-anak dah besar, mereka pandai pujuk ayah mereka sampai saya pun kesian. Selalunya bila saya bawa keluarga, mereka akan duduk di bahagian penonton, bukan bersama saya.

"Bagaimanapun, saya masih dengan pendirian untuk tidak mahu menonjolkan keluarga saya kepada umum," katanya.

Tambah Rosyam, sehingga kini dia masih tegas dalam mendidik anak-anaknya untuk memberi didikan yang terbaik.

Pada majlis ASK2010, kemunculan Rosyam bersama dua gadis jelita mengundang persoalan di kalangan tetamu yang hadir.

Malah, kedua-dua anak gadis itu turut menjadi perhatian pelakon-pelakon lelaki di majlis tersebut.

Sementara itu, Rosyam baru sahaja habis menerbitkan drama bersiri Trilogi Cinta yang akan ditayangkan di RTM1, bermula pada 2 Januari 2011.

Drama yang turut membabitkannya sebagai pelakon utama, turut menampilkan pelakon-pelakon hebat lain seperti Fouziah Gous, Raisuddin Hamzah, Siti Fazurina, Aida Khalida, Amyza Aznan serta tiga artis Pilih Kasih, Ray Redzuan, Reza Hasbi dan Zulin Aziz.

Trilogi Cinta merupakan drama bersiri pertama terpanjang yang pernah diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Ia juga merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada tiga novel Sharifah Abu Salem iaitu Tak seindah mimpi, Tak semanis Impian dan Tiada lagi Mimpi iaitu terbitan Alaf 21 Sdn Bhd.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan