Pelakon Baru, Sharnaaz Belum Sedia Bertanding

Diterbitkan: Khamis, 30 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aktor Sharnaaz Ahmad, 25, belum bersedia untuk bertanding dalam apa-apa kategori dalam acara gah seperti Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung pada 24 Disember lalu.

Pelakon drama Tari Tirana, Dottie, Kum Kum dan Pontianak Kampung Batuini merasakan tahap lakonannya sejak lebih setahun lalu belum mencapai tahap yang melayakkan untuk bertanding.

"Saya tak boleh cakap bersedia untuk bertanding kerana semuanya bergantung kepada penonton yang menentukan.

"Selagi peminat mengatakan saya tidak layak untuk bertanding, saya tidak akan lakukan.

"Saya sentiasa meningkatkan mutu lakonan saya. Misalnya apabila saya menonton lakonan dalam drama Pontianak Kampung Batu, saya masih tidak berpuas hati kerana saya masih boleh lakukan yang terbaik," katanya kepada mStar Online.

Tambahnya: "Ikutkan saya boleh menangis dalam drama itu tetapi saya tidak menangis. Jadi, terus terang saya tidak bersedia lagi untuk bertanding."

Menurutnya, drama Pontianak Kampung Batu merupakan drama pertama lakonannya setelah dilamar oleh penerbit Box Lite Film Sdn Bhd.

Kini dia yang pernah bekerja sebagai eksekutif di syarikat hartanah ini telah melakonkan tujuh buah drama terbitan Box Lite.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan