'Ustaz Amirul' Papar Kisah Ustaz Berpoligami

Diterbitkan: Rabu, 29 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ashraf Muslim
Ashraf Muslim

AMPANG: Ustaz Amirul, drama terbaru di slot Zehra menampilkan seorang ustaz yang hidup dalam dilema dalam percintaan sehingga dia memilih untuk hidup berpoligami.

Bagi pengarahnya, Ahmad Idham, drama Ustaz Amirul cuba merungkai tentang kisah hidup seorang ustaz dari kaca matanya sebagai seorang manusia biasa.

"Biasanya kita melihat ustaz sebagai seorang yang baik dan alim tetapi bagaimanapun seorang ustaz tidak boleh lari dari nafsu dan perasaan cinta.

"Jadi saya cuba menyampaikan cerita tentang kisah cinta seorang ustaz yang dalam dilema kerana mencintai dua orang wanita," katanya semasa sidang media pelancaran drama itu di Restoran Istana Bambu, di sini, Selasa.

Menurut Idham, dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyunting Ashraf Muslim melakonkan watak Ustaz Amirul.

Idham tekad mengambil Ashraf untuk memegang watak utama itu dan sanggup menunggu sehingga pelakon itu betul-betul mempunyai masa terluang.

Ini kerana Idham berasa yakin watak itu hanya layak dibawakan oleh Ashraf selain permintaan daripada pihak TV3 sendiri.

"Saya dah lama bincang dengan Ashraf tentang cerita ini dan setelah dia bersetuju, baru kita memulakan penggambaran," ujarnya lagi.

Drama ini akan disiarkan di TV3 mulai 7 Januari ini, setiap Jumaat pukul 9 malam.

Ustaz Amirul, sebuah drama rantaian terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd yang skripnya ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim.

Drama ini membawa penonton menyelami perjalanan emosi seorang ustaz yang dicabar oleh pelbagai rintangan dan dugaan realiti, cinta, keluarga dan diri-sendiri.

Selain Ashraf, turut membintangi drama ini adalah Eira Syazira, Siti Saleha, Lydiawati, Safura, Kuna, Zarynn Min, Fauzi Nawawi dan Zoey Rahman.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan