Angelina Jolie Kecewa 'The Tourist' Kurang Sambutan

Diterbitkan: Ahad, 26 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jolie dan Depp dalam filem The Tourist.
Jolie dan Depp dalam filem The Tourist.

AKTRES Angelina Jolie kecewa kerana filem terbarunya The Tourist tidak terlalu mendapat perhatian penggemar filem.

Filem yang dibintanginya bersama aktor Johnny Depp itu hanya menduduki tempat keenam dalam carta box office.

Menurut Showbizspy, Sabtu, The Tourist hanya mampu meraih AS$ 20 juta setelah seminggu ditayangkan di pawagam.

Hal tersebut berlaku disebabkan dia membandingkan dengan dengan kejayaan filem-filem Jolie sebelum ini.

"Tanpa ragu-ragu lagi, ini adalah kejutan yang amat besar sepanjang karier lakonannya," kata sumber terdekat Jolie.

Aktres yang telah menerima tiga anugerah Golden Globe Awards itu merasa sudah memberikan lakonan yang terbaik dalam filem tersebut.

Jolie juga meluahkan rasa kecewanya kepada pasangannya, Brad Pitt.

"Brad telah berusaha memberikan semangat kepadanya, namun tidak berhasil. Jolie sangat marah ketika mendengar berita buruk tersebut. Setiap kali dia marah, Brad selalu menjadi mangsanya," tambahnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan