Wani Juara Kamilah Bintang

Diterbitkan: Sabtu, 25 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wani
Wani

KUALA LUMPUR- Berkat kesungguhan dan keazaman Syazwani Sapari atau Wani, 10, dia berjaya menjadi juara bagi program pertandingan nyanyian realiti yang pertama ditayangkan di Astro Ceria, Kamilah Bintang.

Wani menewaskan lima rakan-rakannya iaitu, Muhammad Fathullah Farhan Muhammad Rosdi, 12, Mohammad Aiman Azli Aziz, 14, Raja Mohd Faisal Khairullah Raja Abdul Halim Shah, 13, Dayang Nazillah Awang Astillah, 14 dan Qistina Amira Rohaizad, 13.

Anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu membawa pulang hadiah utama tabung pendidikan bernilai RM15,000, pakej percutian ke Taman Tema Gold Coast, Australia untuk sekeluarga termasuk hotel dan tiket penerbangan, sebuah komputer riba berjenama VAIO™, dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah IPod Shuffle.

Faisal pula mendapat tempat kedua diikuti dengan Farhan yang berada di tempat ketiga. Bagaimanapun, persembahan dari Dayang, Qistina dan Aiman tidak mengecewakan dan mendapat sambutan penonton.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh, pihak Astro Ceria berbangga dengan pencapaian kesemua peserta Kamilah Bintang kerana telah menunjukkan potensi yang membanggakan sepanjang berada dalam program ini.

"Kualiti nyanyian dan persembahan pentas mahupun tahap keyakinan mereka telah meningkat berbanding kali pertama mereka membuat persembahan di pentas enam minggu lalu.

”Kami juga amat berterima kasih kepada Amy Search, Kumpulan Hujan, Stacy, Aizat dan Farah Asyikin yang telah menjadi mentor dan berkongsi pengalaman luas mereka dalam bidang seni dengan bintang-bintang muda ini.

"Kehadiran mereka telah meningkatkan motivasi dan menjana daya kreativiti para peserta untuk mengembangkan bakat terpendam dan potensi yang ada dalam diri mereka.” katanya.

Pada Konsert Akhir Kamilah Bintang, artis-artis tersebut turut mempersembahkan lagu masing-masing manakala Jaclyn Victor pula hadir sebagai penyanyi jemputan program itu.

Kamilah Bintang yang diacarakan oleh Zoey dan Nora Danish merupakan pertandingan nyanyian musim cuti sekolah yang julung kali ditayangkan di Astro Ceria dan merupakan satu-satunya program realiti di Malaysia yang tidak menyingkirkan pesertanya.

Juara hanya ditentukan menerusi markah terkumpul sepanjang enam konsert mingguan bersiaran termasuk konsert akhir.

”Kami juga berbangga kerana telah mengisi masa lapang anak-anak muda ini sepanjang cuti sekolah dengan akttiviti yang berfaedah. Pengalaman yang mereka perolehi sepanjang berada dalam program ini amat berguna setelah kembali ke sekolah nanti.

"Selain dapat berkongsi cerita dengan rakan-rakan, keyakinan dan motivasi yang diperoleh untuk membuat persembahan boleh disalurkan pula ke arah pelajaran mereka selepas ini," kata Evon.

Menurutnya lagi, program Kamilah Bintang bukan sahaja telah menyediakan platform untuk para peserta menunjukkan bakat terpendam tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk berbakti dan menyumbang kepada sekolah masing-masing.

”Kami juga ingin memberikan penghargaan kepada tiga orang juri tetap iaitu Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil, Syafizawati Sharif atau Cikgu Syafi dan Adibah Noor yang telah melaksanakan tugas dengan baik.

"Mereka telah memberikan banyak tunjuk ajar terutamanya daripada aspek kualiti vokal, keaslian dan kreativiti, mutu persembahan dan pemilihan lagu yang sesuai," ujar Evon.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan