Elly Mazlein, Misha & Ezany Terajui Muzikal Tun Mahathir 2

Diterbitkan: Jumaat, 24 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pelakon Muzikal Tun Mahathir musim kedua. Dari kiri: Datuk AC Mizal, Misha Omar, Elly Mazlein, Sarimah Ibrahim dan Ezany Nizariff. - Foto The Star oleh SHAARI CHE MAT
Barisan pelakon Muzikal Tun Mahathir musim kedua. Dari kiri: Datuk AC Mizal, Misha Omar, Elly Mazlein, Sarimah Ibrahim dan Ezany Nizariff. - Foto The Star oleh SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Selepas berteka teki siapakah pengganti Erra Fazira dan Zizan Nin dalam teater Muzikal Tun Mahathir (MTM) musim kedua, CTRA Production mengumumkan muka baru bagi menerajui teater itu.

Mereka ialah pelakon Elly Mazlein, Misha Omar dan Ezany Nizariff.

Elly Mazlein akan memegang watak Tun Dr Siti Hasmah ketika usia muda manakala Misha Omar mengambil peranan isteri mantan perdana menteri itu pada zaman remaja. Kedua-dua watak itu sebelum ini dipegang oleh Erra Fazira.

Manakala watak Tun Dr Mahathir ketika usia remaja yang disandang oleh Zizan Nin pada musim lalu digantikan dengan Ezany Nizariff.

Selain itu, MTM2 turut menampilkan wajah baru lain iaitu pengacara Sarimah Ibrahim sebagai susur atau pencerita sementara Datuk AC Mizal sebagai Aziz iaitu rakan Mahathir.

Menurut pengarahnya, Rosminah Tahir, hasil perbincangan dengan rakan-rakan dan team produksi, dia merasakan sedikit perubahan dan penambahan cerita diperlukan bagi membaiki kelemahan MTM yang pertama.

"Saya rasa watak susur penting untuk memahamkan penonton tentang perjalanan kisah Tun Mahathir ini.

"Saya juga mewujudkan sub-plot dalam teater ini untuk mengangkat cerita Tun Mahathir dalam konteks teater berasaskan pengorbanan yang dilakukan oleh beliau," katanya pada sidang media muzikal itu di Istana Budaya, di sini, Khamis.

Tambahnya: "Mengenai pemilihan pelakon seperti Elly Mazlein dan Ezany, semuanya diserahkan kepada penerbit, Siti Rohayah Atan.

"Bagaimanapun, kami melihat kualiti lakonan mereka. Mungkin orang tak nampak bakat bintang ini dalam teater tetapi hanya gah di layar. Jadi, apa salahnya kita mengambil mereka terlibat dalam MTM2," katanya.

Sementara pelakon lain termasuklah Esma Daniel, Shafeiq Shazwan Zamrus, Azean Irdawaty, Datuk Jalaluddin Hassan dan Mazhar Tun Mahathir terus kekal menerajui pementasan berkenaan.

Teater muzikal yang turut mendapat kerjasama Istana Budaya, Persatuan Penulis Wanita Malaysia dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini akan dipentaskan pada 21 hingga 30 Januari 2011 di Panggung Sari, Istana Budaya.

Tiket-tiket dijual pada harga RM32, RM52, RM82, RM102, RM152 dan RM302.

Ia boleh didapati dengan melayari www.ticket2u.biz.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan