Astro Hadiah Saluran Percuma Astro Fiesta Buat Pelanggan

Diterbitkan: Jumaat, 24 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Konsert MTV World Stage: Live In Malaysia pada 27 Disember, 5 pagi; 28 Disember, 4.30 petang; 29 Disember, 11.30 pagi; 30 Disember, 12 pagi dan 31 Disember, 10 pagi.
Konsert MTV World Stage: Live In Malaysia pada 27 Disember, 5 pagi; 28 Disember, 4.30 petang; 29 Disember, 11.30 pagi; 30 Disember, 12 pagi dan 31 Disember, 10 pagi.

PETALING JAYA: Bagi menyambut perayaan akhir tahun dan tahun baru yang akan menjelang tidak lama lagi, Astro tidak mahu ketinggalan meraikan para pelanggannya dengan menghadiahkan 14 program selama tujuh hari melalui saluran percuma, Astro Fiesta (saluran 110) yang akan bersiaran dari 27 Disember 2010 hingga 2 Januari 2011.

Konsert ulang tahun ke-25 Sheila Majid bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) membuka tirai bermula pukul 12 tengah malam pada 27 Disember ini. Diikuti dengan siaran ulangan pada 8.30 pagi, 28 Disember; 7 malam, 29 Disember; 10 pagi, 30 Disember; 3.30 pagi, 31 Disember; 2 pagi dan 11 Malam, 1 Januari.

Sheila Majid menampilkan pelbagai lagu kegemaran daripada koleksi albumnya termasuklah intrepetasi terhadap lagu-lagu popular Tan Sri P. Ramlee serta alunan lagu klasik pastinya mampu memikat penonton untuk terus terpesona dengan Sheila Majid mengimbas perjalanan seninya selama ini.

Konsert ini merupakan pengalaman muzik yang julung kalinya diadakan di Kuala Lumpur sempena sambutan 25 tahun Sheila Majid dalam industri hiburan.

Seterusnya dihangatkan dengan tayangan filem Tamil popular iaitu Sivaji The Boss pada pukul 2 pagi, 27 Disember; 5.30 pagi & 6 petang, 28 Disember; 9 malam, 29 Disember; 2 petang, 30 Disember; 4 petang, 31 Disember dan 4 pagi, 1 Januari.

Filem ini mengisahkan tentang Sivaji pulang dari Amerika Syarikat ke Chennai sebagai seorang arkitek sistem perisian. Dia membawa pendapatannya yang berjumlah sehingga 200 kror, dengan niat untuk membina sebuah badan kebajikan, Yayasan Sivaji.

Organisasi ini bertujuan membina hospital dan institusi pendidikan untuk digunakan oleh masyarakat miskin tanpa dikenakan bayaran . Adiseshan, seorang usahawan yang sangat berpengaruh, melihat Yayasan Sivaji sebagai musuh perniagaannya.

Sementara itu, Sivaji jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Tamizhselvi. Pada mulanya, keluarga Tamizhselvi bimbang dan marah dengan kesombongan keluarga Sivaji. Tamizhselvi menolak untuk bertunang demi Sivaji, namun dia berjaya menenangkan kebimbangannya dan meyakinkan dirinya untuk mengahwini Sivaji.

Selain itu, Astro Fiesta turut menyiarkan program hebat seperti:

- Konsert MTV World Stage: Live In Malaysia pada 27 Disember, 5 pagi; 28 Disember, 4.30 petang; 29 Disember, 11.30 pagi; 30 Disember, 12 pagi dan 31 Disember, 10 pagi.

- Filem Shinjuku Incident pada 27 Disember, 6.30 pagi; 28 Disember, 2 pagi; 29 Disember, 2 petang; 30 Disember, 9 malam; 31 Disember, 12 tengah hari dan 2 Januari, 7 malam.

- Konsert Kim Jung-Eun’s Chocolate pada 27 Disember, 8.30 pagi; 28 Disember, 11 malam; 29 Disember, 11 malam; 30 Disember, 1.30 pagi dan 2 Januari, 4.30 pagi.

- Filem Raavanan pada 27 Disember, 9.30 pagi; 28 Disember, 2 petang; 29 Disember, 2 pagi; 30 Disember, 5.30 pagi & 6.30 petang, 2 Januari, 11.30 pagi & 9 malam.

- Konsert Josh Groban Awake Live pada 27 Disember, 12 tengah hari; 28 Disember, 12 tengah malam; 29 Disember, 4.30 pagi; 31 Disember, 7 malam dan 1 Januari, 10 pagi.

- Filem New Police Story pada 27 Disember, 2 petang; 28 Disember, 12 pagi; 29 Disemberm, 12 tengah hari; 31 Disember, 7 pagi; 1 Januari, 9 malam dan 2 Januari, 2.30 pagi.

- Telefilem Rendang Tok Wan pada 27 Disember, 4 petang; 28 Disember, 12 tengah hari & 9 malam; 30 Disember, 8 pagi; 31 Disember, 2 petang dan 1 Januari, 7 malam.

- Konsert Andre Rieu At Schonbrunn, Vienna pada 27 Disember, 6 petang; 30 Disember, 2.30 pagi; 31 Disember, 1.30 pagi dan 1 Januari, 7 pagi.

- Filem 3 Idiots pada 27 Disember, 9 malam; 28 Disember, 8.30 pagi & 4 petang; 31 Disember, 11 pagi & 9 malam; 1 Januari, 2 petang dan 2 Januari, 5.30 pagi & 4 petang.

- Konsert Girls Aloud Tangled Up Live Form O2 2008 pada 28 Disember, 4 pagi; 30 Disember, 11 malam; 31 Disember, 5.30 pagi dan 2 Januari, 1 pagi.

- Konsert Michael Buble Caught In The Act pada 27 Disember, 10.30 pagi; 30 Disember, 5 petang dan 2 Januari, 8.30 pagi.

- Konsert Hit Man: David Foster and Friends pada 27 Disember, 6.30 pagi; 31 Disember, 9 pagi; 1 Januari, 12 pagi & 5 petang.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan