Syafie Naswip Bosan Watak Klise

Diterbitkan: Khamis, 23 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syafie mahu watak yang mencabar dan lebih variasi. - Foto The Star oleh BRIAN MOH
Syafie mahu watak yang mencabar dan lebih variasi. - Foto The Star oleh BRIAN MOH

KUALA LUMPUR: Pelakon remaja Mohammad Syafie Naswip (Syafie) berkata tawaran watak yang klise dan stereotaip menyebabkan dia berasa bosan dan jarang muncul di kaca televisyen mahupun filem.

Menurut pelakon berusia 18 tahun itu, sejak menceburi bidang lakonan empat tahun lalu, dia sering ditawarkan watak yang klise dalam kebanyakan drama atau filem.

Sambil menyangkal dirinya selektif atau sombong, Syafie berkata, untuk menjadi pelakon yang berkaliber dan versatil dia memerlukan cabaran watak yang lebih variasi dan berbeza-beza.

"Kebanyakan pengarah atu produser sering menawarkan watak yang klise. Bukan hendak bersikap sombong atau memilih, cuma sebagai pelakon yang ingin berjaya saya sudah bosan melakonkan watak yang sama saja.

"Selama ini, saya kerap membawakan watak anak yang malang, didera atau watak beremosi yang melibatkan air mata.

"Saya teringin untuk mencabar diri memainkan watak berbeza tapi malangnya kebanyakan tawaran yang diterima meminta saya melakonkan watak sebegitu saja," katanya.

Justeru itu, Syafie mengakui dilema yang membelenggunya itu menyebabkan dia berasa tidak kisah jika jarang membintangi drama televisyen atau filem.

"Jujurnya, saya bukan bersikap sombong atau menolak rezeki tetapi saya juga perlukan anjakan dalam lakonan.

"Apabila sering mendapat tawaran yang lebih kurang sama, saya rasa tidak salah jika saya memilih. Apa pun, saya tolak tawaran itu dengan cara baik. Saya tidak kisah jika jarang muncul di kaca televisyen atau filem atau tidak mendapat banyak tawaran.

"Apa yang lebih penting, biarlah kemunculan saya yang terhad itu berkesan dan memberikan impak pada karya yang saya sertai," katanya.

Terbaru, anak muda yang membina nama menerusi dua filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad iaitu Mukhsin (2006) dan Talentime (2009) baru saja menamatkan penggambaran filem Songlap di samping pelakon Shaheizy Sam dan Sara Ali.

Dalam filem arahan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Ishak itu, Syafie menggalas watak Ad iaitu adik kepada Am (lakonan Shaheizy Sam).

Filem berjalur aksi drama itu mengisahkan kehidupan dua beradik tersebut yang terlibat dalam kancah penjualan bayi.

Bercerita tentang perancangan 2011, Syafie berkata, dia tidak mahu bergiat aktif dalam bidang lakonan demi memberikan tumpuan pada peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang bakal didudukinya penghujung tahun depan.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan