Istana Budaya Kutip RM12 Juta

Diterbitkan: Rabu, 22 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Rais Yatim (kanan) ketika merasmikan Kalender 2011 Istana Budaya, Selasa. Turut kelihatan Mohamed Juhari Shaarani (kiri). Foto: Bernama
Dr Rais Yatim (kanan) ketika merasmikan Kalender 2011 Istana Budaya, Selasa. Turut kelihatan Mohamed Juhari Shaarani (kiri). Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Istana Budaya (IB) berjaya memperoleh lebih RM12 juta hasil kutipan tiket pada tahun ini berbanding RM9 juta pada tahun lalu, satu pencapaian yang amat baik ketika banyak pihak mengkritik fungsi agensi kebudayaan itu.

Ketua Pengarahnya Mohamed Juhari Shaarani berkata, jumlah itu berdasarkan kepada sambutan yang memberangsangkan terhadap pementasan teater dan pelbagai aktiviti yang dilakukan di Istana Budaya.

“Jumlah itu tidak termasuk beberapa lagi persembahan yang akan diadakan sepanjang bulan Disember ini. Ia satu jumlah yang amat membanggakan Istana Budaya,” katanya kepada pemberita selepas ditemui pada majlis pelancaran program kalender Istana Budaya untuk tahun 2011, di sini, Selasa.

Ia di rasmikan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Selain kutipan itu, Mohamed Juhari berkata Rais turut berpuas hati kerana aktiviti yang dijalankan di IB mendapat sambutan ramai apabila penonton mencecah hampir 124,000 orang pada tahun ini iaitu melepasi sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 120,000 yang diberikan.

Tambahnya, antara pementasan pada tahun ini yang mendapat sambutan paling hangat dengan kutipan tertinggi ialah West End Star iaitu sebanyak RM4.6 juta, diikuti Cuci The Musical (RM1.8 juta), Muzikal Tun Mahathir (RM900 ribu) dan Natrah (RM700 ribu).

Sehubungan itu katanya menjelang 2011, IB telah merancang pelbagai acara agar segala aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan ramai.

“Pihak kami telah menyusun sebanyak 20 pementasan dan persembahan untuk membolehkan KPI yang diberikan oleh pihak kementerian akan terus meningkat. Bermula dari Januari sehinggalah Disember 2011, kalender IB padat dengan pelbagai acara,” ujarnya.

Terdahulu Rais ketika menjawab soalan pemberita berhubung trend IB yang kerap menganjurkan teater muzikal berkata, pihaknya telah membuat kajian acara seumpama itu lebih mendapat sokongan ramai daripada menampilkan persembahan teater yang serius.

Oleh itu kata beliau, persembahan muzikal wajar diteruskan tetapi pihaknya juga tidak melupakan teater serius asalkan skrip yang ditampilkan itu benar-benar menarik.

“Kami sudah buat kajian mengenai perkara itu dan kami dapati masyarakat akan hadir jika ada teater muzikal. Jika sambutan itu meningkat, kita akan mempertimbangkan untuk mementaskan teater serius selepas itu tetapi biarlah skripnya menarik,” katanya.

Beliau turut mengumumkan untuk mengkaji imbuhan kepada penggiat seni dan budaya tempatan dalam usaha memantapkan industri kreatif negara bermula tahun depan.

Berikut ini acara menarik di Istana Budaya sepanjang 2011

1. J2011... Legenda - 7 – 10 Januari

2. Don Quixoye - 14 – 16 Januari

3. Muzikal Tun Mahathir 2 – 21 – 30 Januari

4. Konsert Keunggulan 33 Tahun Francisca Peter – 5 – 6 Februari

5. Terima Kasih Cinta – 17 Februari – 6 Mac

6. Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal – 17 Mac – 3 April

7. Maher Zain – 8 – 10 April

8. West End Stars – 14 – 17 April

9. Wings Opera Hidup Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan – 29 April – 1 May

10. Semalam Di Malaysia D’lloyd – 6-8 Mei

11. Wayang – 13- 17 Mei

12. Swan Lake – 20 – 22 May

13. Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa... 60-an – 1 – 5 Jun

14. Teater Salina – 15 – 25 Jun

15. Festival Muzik KL – 1-3 Julai

16. Dreamgirls – 14-24 Julai

17. Konsert P.Ramlee – 8-21 September

18. The Secret World of Nora – 29 September - 23 Oktober

19. Magic Mirror The Musical – 25 November - 4 Disember

20. Semerah Padi – 16 – 25 Disember

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan