Adam Ahmad Nikah Kawan Sekolah Selepas 30 Tahun

Diterbitkan: Isnin, 20 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adam Ahmad mahu jodohnya dengan norliza berkekalan sehingga akhir hayat. Foto TheStar oleh SAMUEL ONG
Adam Ahmad mahu jodohnya dengan norliza berkekalan sehingga akhir hayat. Foto TheStar oleh SAMUEL ONG

AMPANG: Penyanyi yang popular dengan lagu Kau Pergi Jua, Adam Ahmad, akhirnya menamatkan zaman bujangnya di usia 46 tahun dengan seorang janda, Norliza Ayat, 42 di kediaman penyanyi itu, Ahad.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam masjid Kampung Pandan, Wan Imran, kira-kira jam 11.30 pagi di hadapan lebih kurang 100 anggota keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Adam yang sah bergelar suami kepada Norliza itu dengan dua kali lafaz turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM300, wang hantaran sejumlah RM3100 serta 13 dulang dibalas 15.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Adam dan kedua buat Norliza yang telahpun memiliki dua orang anak, Mohd Radhi, 25 dan Mohd taqbir, 17.

Beritahu Adam, dia tidak sangka dirinya akan dijodohkan dengan rakan sekolahnya dan menjadi seorang suami ketika usianya sedang hampir ke pertengahan abad.

"Apa yang mampu saya katakan ialah, saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan saya jodoh seorang wanita yang begitu memahami diri saya.

"Sebenarnya kami merupakan kawan sekolah. Selepas Norliza kahwin, kami tidak lagi berhubung.

"Kemudian, setelah 30 tahun kami tidak berjumpa, tiba-tiba saya menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) daripada Norliza.

"Masa itu, Norliza kembali solo, suaminya telah meninggal empat tahun yang lalu. Bila kami berjumpa kembali dan kebetulan pula masing-masing tidak berpunya, kami tidak buang masa dan membuat keputusan untuk berkahwin.

"Alhamdulillah, perjalanan majlis berjalan dengan lancar. Semoga jodoh kami dapat kekal sehingga ke akhir hayat," katanya pada majlis perkahwinannya yang berkonsepkan hijau dan putih.

Tambah Adam, dia tidak kisah jika dia dan isteri mendapat zuriat dalam masa terdekat ini serta tidak menetapkan jumlah anak yang bakal diterima mereka kelak.

Sementara itu, Adam yang baru sahaja menyiapkan lagu baru penyanyi dan pelakon, Eira Syazira, berjudul Di hati Ini berkata, berkemungkinan besar dia dan isteri akan membuka sebuah perniagaan pada tahun depan.

Pasangan itu juga mungkin akan mula mencipta lagu bersama untuk para penyanyi yang memerlukan khidmat mereka.

Bagaimanapun, Adam enggan menyambung karier nyanyiannya buat sementara waktu ini.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan