Amy Mastura 'Kaku' Kerana Misteri

Diterbitkan: Ahad, 19 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Minat Amy Mastura terhadap bidang lakonan tidak pernah pudar. - Foto The Star oleh ADAM YUNUS
Minat Amy Mastura terhadap bidang lakonan tidak pernah pudar. - Foto The Star oleh ADAM YUNUS

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Amy Mastura Suhaimi, 39, berkata faktor yang menyebabkan dia jarang muncul di dalam filem selama beberapa tahun adalah berpunca daripada jadual kerja yang sering bertindih dengan tawaran yang diterima.

Amy yang kali terakhir muncul sebagai pelakon utama filem Bintang Hati (2004) berkata, minat untuk membintangi filem tidak pernah pudar.

Namun, beberapa tawaran lakonan yang diterima sebelum ini sering bertindih dengan jadual kerja yang sedia ada, memaksa ibu kepada dua puteri ini menolak tawaran tersebut.

"Bukan saya sudah bersara atau tidak berminat untuk berlakon filem lagi, cuma beberapa tawaran yang diberikan sering bertindih dengan jadual kerja.

"Jadi saya terpaksa tolak tawaran tersebut. Hakikatnya, saya masih teruja untuk berlakon cuma masa yang tidak mengizinkan," katanya.

Selepas hampir enam tahun tidak muncul di layar perak, tahun 2010 menyaksikan Amy kembali dengan dua buah filem iaitu Aku Tak Bodoh dan terbaru, Damping Malam (DM) yang akan ditayangkan pada 30 Disember ini.

Dalam filem arahan Ahmad Idham itu, Amy menggalas watak Ku Khalira iaitu isteri kepada Wadi (lakonan Ahmad Idham).

Memainkan watak seorang isteri yang penuh misteri, Amy mengakui kelainan yang ditawarkan oleh skrip filem seram itu menarik minatnya untuk turut serta.

"Skrip DM yang istimewa dan berbeza itu menarik minat saya untuk membintangi filem ini. Dalam filem ini, watak saya juga berbeza daripada mana-mana watak yang pernah saya jayakan.

"Saya perlu menterjemahkan watak seorang isteri yang menyimpan satu misteri menerusi emosi dan air muka yang kaku dan mengelirukan. Misteri itulah yang menjadi nadi penceritaan filem ini," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan