Mohamad Azizulhakim Juara Detik Bersama Handycam

Diterbitkan: Sabtu, 18 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azlin Reza Azmi bersama pemenang Detik Bersama Handycam
Azlin Reza Azmi bersama pemenang Detik Bersama Handycam

KUALA LUMPUR: Peserta siri realiti Detik Bersama Handycam, Mohamad Azizulhakim Mohd Salleh, 21, diumumkan sebagai juara rancangan itu.

Dia membawa pulang hadiah bernilai RM25 ribu yang berupa barangan Sony seperti handycam NEX-VG10, Sony VAIO Notebook, 40 Full HD Bravia LCD TV dan Vegas Movie Studio Platinium Pro Pack bernilai lebih RM15 ribu termasuk wang tunai sebanyak RM10 ribu.

Manakala naib juara, Fazlan Adhili Mastafa Kamal, 21, membawa pulang hadiah bernilai hampir RM10,000 iaitu sebuah Sony Handycam serta wang tunai RM5,000.

Pengurus saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata program ini merupakan usaha awal yang dijalankan pihak Astro bagi mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan generasi muda.

“Kami amat percaya bahawa golongan ini mempunyai daya imiginasi dan kreativiti yang tinggi yang lebih segar. Mereka juga adalah golongan pelapis yang akan mewarnai industri televisyen akan datang,” jelasnya.

Bagi Azizulhakim, dia bersyukur kerana diberi peluang untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang videografi dan hasil karyanya dipaparkan di televisyen untuk tontonan masyarakat Malaysia.

“Saya tidak pernah menyangka akan memenangi pertandingan ini. Bagi saya dapat menyertainya sudah merupakan pencapaian terbaik. Bagaimanapun saya berterima kasih juga kepada pensyarah dan keluarga yang hanya memberi semangat dan sokongan kepada saya,” ujar pelajar tahun akhir Kolej Segi ini.

Siri Detik Bersama Handycam ini yang bermula awal bulan Oktober lalu menampilkan 10 eisod istimewa.

Ia juga program realiti pertama seumpamanya di Malaysia yang bertujuan mencungkil bakat pengarah generasi baru untuk diketengahkan ke bidang penerbitan arus perdana.

Konsep hiburan realiti ini juga adalah yang pertama dipersembahkan oleh pihak Astro dengan kerjasama penaja Sony Malaysia.

Ia merupakan platform terbaik bagi mengetengahkan ciri-ciri menarik yang dimiliki Sony Handycam.

Turut diumumkan pada majlis tersebut ialah pemenang pilihan penonton di rumah menerusi karya Stop Motion In Kuala Kangsar yang dimenangi oleh Mohd Zulhelmie Zullifan, 22 dan Intan Hayati Ab Aziz, 22 dari Kelantan.

Manakala Nur Kamar Asyikin Kamaruddin, 25 dari Kuala Lumpur dipilih sebagai penonton bertuah yang menghantar slogan terbaik.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan