Fizo Omar Gian Berlakon Drama

Diterbitkan: Sabtu, 18 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fizo Omar
Fizo Omar

KUALA LUMPUR: Pelakon Fizo Omar atau nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar, 25, berkata komitmennya berlakon filem sejak enam bulan lalu menimbulkan perasaan 'gian' untuk dia kembali berlakon drama.

Ujar Fizo, demi memberikan tumpuan pada beberapa tawaran filem seperti Kongsi dan Hello, dia sudah tidak membintangi sebarang drama atau telefilem selama tiga bulan.

"Saya terlalu rindu untuk berlakon semula dalam drama televisyen atau telefilem. Sudah tiga bulan saya tidak membintangi sebarang projek untuk televisyen.

"Berlakon filem pula adalah platform yang baik untuk mengembangkan profil lakonan. Kebetulan, untuk tahun ini memang saya sasarkan mahu berlakon filem.

"Maka, terpaksalah saya ketepikan beberapa tawaran drama televisyen buat sementara waktu," katanya.

Justeru itu, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Siti Kelembai dan Ulek Mayang ini mengakui tidak mampu menangkis keinginannya yang berkobar-kobar untuk kembali ke lokasi penggambaran drama semula.

"Sepanjang tiga tahun menceburi bidang seni, saya mencipta nama menerusi drama televisyen. Saya selesa dengan jolokan sebagai pelakon drama.

"Ramai peminat yang bertanya kerana sudah lama tidak muncul dalam drama atau telefilem yang baru. Bagi saya, berlakon untuk televisyen memberikan kepuasan yang berbeza dengan filem.

"Pelakon drama televisyen lebih dekat dengan peminat kerana sesiapa saja boleh menonton lakonan saya secara percuma berbanding filem," katanya.

Bagaimanapun, Fizo berkata, dia begitu gembira dan bersyukur dengan pencapaiannya sepanjang tahun 2010 kerana beberapa sasarannya berjaya dicapai mengikut perancangan.

"Saya gembira dengan pencapaian untuk tahun ini. Beberapa perkara yang saya sasarkan dalam tahun ini seperti berlakon filem dan teater berjaya saya lakukan mengikut perancangan.

"Bukan hendak kata sudah berpuas hati tetapi sekurang-kurangnya saya boleh melabuhkan tirai 2010 ini dengan senyuman," katanya yang kini sibuk dengan sesi raptai teater kanak-kanak Siti Di Alam Fantasi 2.

Selain Fizo, teater arahan Aminah Rhapor ini turut membariskan Liyana Jasmay, Johan Raja Lawak dan Ebby Yus. Ia bakal dipentaskan bermula 22 hingga 31 Disember ini di Istana Budaya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan