Erynne Erynna Belum Pernah Dirasuk

Diterbitkan: Sabtu, 18 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Erynne Erynna tidak takut berlakon dalam filem seram. - Foto The Star oleh ADAM YUNUS
Erynne Erynna tidak takut berlakon dalam filem seram. - Foto The Star oleh ADAM YUNUS

PETALING JAYA: Pelakon cilik Erynne Erynna, 13, berkata pengalaman membintangi filem terbaru arahan Ahmad Idham iaitu Damping Malam (DM) benar-benar mencabar kemampuannya sebagai seorang pelakon.

Meskipun dia mengakui pembabitan dalam filem berjalur seram bukan perkara baru dan asing dalam profil lakonannya, pelakon yang mencipta nama menerusi filem Congkak (2008) ini menyifatkan wataknya dalam filem DM adalah berbeza dan lebih istimewa.

Berbanding filem Congkak, komitmen dalam DM memerlukan Erynne memberikan penghayatan dan tumpuan yang lebih mendalam.

"Saya rasa watak sebagai Nuraiza dalam DM adalah lebih mencabar untuk dijayakan. Jika dibandingkan dengan filem Congkak, perwatakan kali ini adalah lebih sukar untuk diterjemahkan.

"Walaupun perwatakan saya dalam kedua-dua filem ini melibatkan adegan dirasuk, tetapi komitmen untuk DM adalah lebih berat. Saya juga perlu bijak mengawal gerak tubuh seperti orang dirasuk supaya nampak realistik dan berkesan.

"Selain itu, seluruh badan saya juga terpaksa disolek bagi menunjukkan efek gadis yang dirasuk. Saya terpaksa mengenakan solekan yang tebal yang merimaskan itu selama beberapa jam," katanya kepada mStar Online.

Ditanya pula mengenai kecenderungannya membintangi filem dan drama seram, Erynne berkata, walaupun baru berusia 13 tahun, dia tidak mempunyai masalah ketakutan atau lemah semangat. Sebaliknya, ia memberikan keseronokan kepadanya.

"Saya sebenarnya tidak kisah atau takut pun apabila berlakon dalam filem seram. Bukanlah bermakna saya tidak takut langsung cuma kalau tiba-tiba ada perasaan takut, saya akan pujuk hati untuk kuatkan semangat demi kerja.

"Apa-apa pun, pembabitan dalam filem seram adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. Setakat ini, saya bersyukur kerana tidak pernah mendapat 'gangguan' atau dirasuk sepanjang terlibat dalam filem seram," katanya mula berlakon seawal usia 7 tahun lagi.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan