ntv7 Anjur Konsert 'Star Live 2010'

Diterbitkan: Jumaat, 17 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Landy Wen Lan.
Landy Wen Lan.

NTV7 bakal mengadakan konsert Star Live 2010 pada hari Sabtu ini pukul 8.30 malam.

Ia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil (Carpark A), Kuala Lumpur.

Bakal ke udara secara langsung di ntv7 dengan mempersembahkan pertunjukkan yang pastinya mantap dan menggempakkan, sepuluh artis Cina tempatan dan luar negara dijangka akan hadir.

Penonton juga bakal disajikan dengan persembahan bertenaga dari pemenang bertuah Be A Star Contest di awal konsert. Konsert percuma ini bertujuan untuk menghargai semua penonton setia ntv7.

Pengurus Penjenamaan ntv7, Lai Cheah berkata, ntv7 berasa amat teruja kerana berpeluang mengadakan konsert berkenaan sekali lagi.

“Ini adalah tanda penghargaan kami kepada penonton ntv7 dan komuniti yang sentiasa menyokong kami. Konsert Star Live pada tahun 2009 telah berjaya menarik sebanyak 600,000 penonton berbangsa Cina berumur empat tahun dan ke atas, sekali gus menjadikan ia program yang paling ramai ditonton dalam slot masa itu.

"Tahun lalu seramai 60,000 orang telah mengunjungi tapak konsert dan untuk tahun ini, kami mengharapkan respons yang sama, atau lebih baik," katanya.

Turut membanggakan ntv7 pada tahun ini barisan artis Star Live yang cukup popular akan membuat persembahan iaitu Peter Ho yang bertapak di Taiwan, JJ Lin dari Singapura, Landy Wen Lan dari Taiwan, dan Della Ding Dang yang berasal dari negara China.

Pengunjung dan penonton Konsert Star Live 2010 juga akan dihiburkan oleh artis tempatan yang terkenal seperti pasangan Thomas Jack.

Penyanyi dan penulis lagu yang berbakat seperti VChuan, Will Ng, dan Wu Jia Hui akan turut hadir.

Seperti yang telah dimaklumkan, pemenang daripada pertandingan Be A Star dari Karnival Yuan ntv7, 12 Disember lalu akan mempersembahkan gerak tariannya yang lincah.

Karnival Yuan ntv7 telah memilih Ice sebagai pemenang daripada tiga penyertaan teratas selain kumpulan Einzeln Lady dan 2x untuk membuka tirai sebelum konsert dimulakan.

Berganding bahu menjayakan konsert ini bersama ntv7 ialah rakan media dari stesen radio one FM dan 988 FM, serta rakan dari Red Box dan Green Box Karaoke. Penerbit bagi konsert ini ialah Galaxy Group.

Mereka yang tidak berpeluang untuk menyaksikannya secara langsung di Stadium Bukit Jalil atau di televisyen tidak perlu gusar, kerana konsert ini boleh ditonton menerusi laman web www.tonton.com.my.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan