Kumpulan Rock 80-an 'Desire' Muncul Semula

Diterbitkan: Jumaat, 17 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Desire terdiri daripada Mohd Nazri (kiri), Aziz Yusop (tiga dari kiri), Razli Hussain (lima dari kiri), Mohd Johan Nordin dan Mohd Zuky Abdullah. - Foto oleh LOW LAY PHON
Desire terdiri daripada Mohd Nazri (kiri), Aziz Yusop (tiga dari kiri), Razli Hussain (lima dari kiri), Mohd Johan Nordin dan Mohd Zuky Abdullah. - Foto oleh LOW LAY PHON

PETALING JAYA: Atas sokongan peminat, kumpulan rock popular 90-an, Desire akan membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dalam sebuah konsert selepas 20 tahun menyepikan diri dalam dunia seni.

Desire yang ditubuhkan pada tahun 1985 di Kelantan dianggotai oleh Razli Hussain (pemain gitar utama), Aziz Yusop (pemain drum), Mohd Nazri (pemain gitar kedua), Mohd Johan Nordin(vokalis) dan Mohd Zuky Abdullah (pemain bass).

Konsert yang dinamakan Desire Reunion 2010 itu akan berlangsung di One Café, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada Sabtu ini, 18 Disember, pukul 3 petang.

Menurut pengurus kumpulan tersebut, Shamsul Ambia, mereka menjangkakan kira-kira 700 hingga 800 penonton akan hadir ke konsert yang akan menampilkan band jemputan iaitu D’Fly, Firasah, Shewolves, Dreamknight, Last Hikari, After Life, Faulty Dress dan Superheroes.

“Setakat ini kami telah mendapat maklum balas daripada ramai peminat di Facebook dan ahli kelab peminat kami di Kelantan dan Kuala Lumpur untuk hadir ke konsert ini.

“Terima kasih kepada Kelab Peminat Desire di Kelantan dan Desire Club Kuala Lumpur yang aktif dan menaikkan semangat kami.

"Kami berharap konsert ini akan mendapat sokongan kerana ia turut diadakan bertujuan untuk mengumpul dana Tabung Pemuzik Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan),” ujar Shamsul mewakili Desire ketika sidang media di pejabat Karyawan di sini, Khamis.

Sebanyak 13 buah lagu yang akan dinyanyikan termasuklah Puteri Saadong, Bias Cinta dan lagu yang memperjuangkan nasib Palestin dan pembuangan bayi.

Bagi mengikut peredaran masa, kumpulan ini bersetuju untuk menggubah lagu-lagu mereka kepada muzik irama moden dan tradisional.

Tiket boleh didapati pada harga RM20 dan mula dijual pada hari konsert.

Sebelum ini, Desire banyak membuat persembahan di Kelab Suara Muda di Kelantan selain terkenal di selatan Thailand.

Konsert daripada bekas juara Battle of the Rocks 1987 itu popular dengan lagu Sentuhan dan Bias Cinta, yang turut bersaing dalam program Muzik Muzik 1989.

Sepanjang karier, kumpulan ini mempunyai empat album iaitu Sumpitan Senja, Tolak Campor Kali Bahagi, Kata Kata Kata dan Puteri Saadong.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan