'Konsert Ria 2010' Di Shah Alam Ahad Ini

Diterbitkan: Jumaat, 17 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Dhani turut membuat persembahan pada konsert tersebut
Ahmad Dhani turut membuat persembahan pada konsert tersebut

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen berbayar, Astro bakal menganjurkan sebuah konsert berjudul Konsert Ria 2010 pada 19 Disember ini.

Konsert yang bakal menampilkan gabungan artis Malaysia dan Indonesia itu akan bermula seawal pukul 6 petang di I-City, Shah Alam, Selangor.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi penganjuran Konsert Ria 2010 ini merupakan platform terbaik bagi pihak Astro sebagai menghargai sokongan penonton selama ini.

“Sokongan yang tidak berbelah bagi inilah yang menjadi inspirasi dan menambahkan semangat kami untuk terus mengorak langkah secara berterusan dalam menghidangkan program-program terbaik yang bersifat interaktif dan dekat dengan jiwa mereka.

“Menerusi konsert ini juga, kami cuba mengembalikan kenangan penonton terhadap kegemilangan program-program terbaik yang diterbitkan pada tahun ini serta persembahan dari program yang menerima maklum balas yang amat positif seperti Akademi Fantasia 8, Kau Dan Aku Musim Kedua, Mari Menari, Raja Lawak, Anda Ada 60 Saat dan tidak ketinggalan Kamilah Bintang ,” jelas Azlin.

Antara artis yang akan membuat persembahan terdiri daripada Ahmad Dhani dengan penampilan khas kumpulan T.R.I.A.D & The Lucky Laki serta penyanyi-penyanyi popular tanahair seperti Anuar Zain, M Nasir, Datuk David Arumugam, Misha Omar, Aizat, Black, Met Uncle Hussein,Project, Pistol,Tilu, Altimet, XPDC, Saleem, AC Mizal dan One Nation Emcee.

Turut akan membuat persembahan ialah bintang Akademi Fantasia kesayangan ramai seperti Mawi, Stacy, Hafiz, Akim, Aril,S hahir dan Adira. Konsert ini bakal dimulakan dengan persembahan istimewa peserta Kamilah Bintang, finalis Mari Menari, bintang-bintang Kau Dan Aku dan Nabil yang akan menguji orang ramai dalam permainan Anda Ada 60 Saat.

Selain itu, pelbagai permainan dan hadiah istimewa disediakan untuk dimenangi para pengunjung.

Bagaimanapun, para peminat dinasihatkan agar datang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan