'Pelakon Kanak-Kanak Perlu Kelulusan Cadangan Mengarut' - Ahmad Idham

Diterbitkan: Khamis, 16 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon Ahmad Idham Ahmad Nadzri menyifatkan saranan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan agar kanak-kanak di bawah umur yang terlibat dalam sebarang aktiviti seni perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja sebagai satu cadangan yang tidak rasional dan mengarut.

Menurut pengarah filem yang mesra disapa Idham itu, kanak-kanak tidak wajar dibebankan dengan undang-undang atau peraturan yang tidak masuk akal.

Meskipun kanak-kanak ini terlibat dalam bidang seni, mereka hanyalah kanak-kanak biasa yang tiada bezanya dengan kanak-kanak lain.

"Saya anggap saranan tersebut sebagai idea yang tidak rasional dan mengarut. Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa ibu bapa kanak-kanak ini tidak pandai menjaga anak mereka sehingga perlu mendapatkan keizinan daripada pihak lain pula.

"Idea tersebut bagaikan satu penghinaan kepada ibu bapa kanak-kanak yang terlibat dalam bidang seni," katanya yang ditemui pada pratonton filem terbarunya Damping Malam di sini, Rabu.

Idham yang sering mengarahkan filem atau drama membabitkan pelakon kanak-kanak berkata, dia tidak pernah melihat mana-mana pelakon bawah umur di dalam produksinya hadir bersendirian dan tanpa ditemani oleh ibu bapa atau penjaga.

"Sepanjang saya mengarahkan drama atau filem melibatkan pelakon kanak-kanak, tidak pernah pula saya lihat mereka datang sendirian atau tidak ditemani oleh ibu bapa atau penjaga ketika berada di lokasi penggambaran.

"Tiada ibu bapa yang akan membiarkan anak-anak mereka terkontang-kanting tanpa pemantauan apabila anak-anak ini terlibat dalam aktiviti seni tidak kiralah nyanyian, teater atau lakonan sekali pun," katanya.

Saranan itu juga dilihatnya sebagai satu penghinaan kepada industri kesenian tanah air kerana seolah-olah penglibatan anak-anak bawah umur dalam bidang ini mendedahkan mereka kepada perkara-perkara negatif dan tidak sihat.

"Cadangan sebegitu seolah-olah memberikan gambaran bahawa penglibatan kanak-kanak dalam bidang seni lebih terdedah kepada anasir-anasir negatif dan tidak sihat.

"Hakikatnya pembabitan mereka dalam bidang seni adalah didorong oleh minat dan bukannya paksaan ibu bapa atau orang lain.

"Kenyataan tersebut bagaikan satu penghinaan kepada warga seni kerana ada pihak yang menganggap bidang ini hanya akan merosakkan pemikiran kanak-kanak bawah umur yang masih muda dan naif ini," katanya.

Tambah Idham, gejala sosial di kalangan remaja hari ini adalah isu yang lebih besar dan serius yang seharusnya dirunsingkan oleh pihak kerajaan berbanding saranan tentang kelulusan terhadap pelakon bawah umur.

Dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 pada persidangan Dewan Negara, Isnin lalu, Maznah berkata kanak-kanak di bawah umur yang terlibat dalam sebarang aktiviti seni perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja.

Kelulusan tersebut bagi mematuhi peraturan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan