Larry King Akhirnya Bersara

Diterbitkan: Khamis, 16 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Pengacara rancangan bual bicara veteran CNN, Larry King (gambar) yang popular dengan soalan berterus-terang serta identiti tali pinggang bahu akhirnya bersara, Khamis, selepas sekian lama menjadi orang yang menemu ramah pelbagai personaliti popular.

Pengacara berusia 77 tahun itu akan diganti oleh bekas wartawan penyiaran British, Piers Morgan dalam satu program baru yang akan ke udara Januari ini.

“Saya telah menonton Larry King Live selama 25 tahun dan menyimpan hasrat suatu hari nanti saya akan berpeluang untuk mengisi tempatnya sebagai seorang pengacara televisyen terhebat yang pernah dunia saksikan,” kata Morgan.

Larry dengan rancangannya "Larry King Live," ke udara sejak tahun 1985.

Mencantumkan unsur-unsur politik dengan gosip dan hiburan, persembahan terakhir Larry King ialah dengan menjemput diva pop Amerika, Barbra Streisand dan bekas Perdana Menteri British Tony Blair sebagai tetamu khasnya.

Dilahirkan sebagai Larry Zeiger di Brooklyn, Amerika, ikon bual bicara CNN itu telah meletakkan dirinya sebagai figura yang paling dikenali dalam industri televisyen Amerika selepas terlebih dahulu mencipta nama dalam rancangan stesen radio selama tujuh tahun di awal pembabitannya dalam bidang ini.

Sepanjang kariernya, pengacara bersuara garau ini telah menemu ramah boleh dikatakan hampir sebahagian besar tokoh, pemimpin dan mereka yang mencetuskan kontroversi termasuklah setiap presiden Amerika Syarikat sejak Gerald Ford.

Ini termasuklah pengasas majalah kontroversi ‘Playboy’ Hugh Hefner yang muncul di kaca televisyen bersama-sama wanita-wanita yang pernah menghiasi majalah bogel berkenaan.

Lain-lain tokoh kontroversi yang pernah ditemu ramah Larry ialah Mike Tyson dan pemimpin pembebasan Palestin, Yasser Arafat.

Larry King juga telah memenangi anugerah Emmy dan telah mencatat sejarah dengan menjalankan lebih 40,000 temu ramah sepanjang kariernya sebagai pengacara.

Baru-baru ini dia telah mencatatkan rekod dunia sebagai satu-satunya pengacara yang muncul dalam satu rancangan yang sama untuk sebuah stesen televisyen pada masa tayangan (air time) yang sama tanpa putus sejak tahun 1985.

Dan sebagai mengenangkan jasanya dalam industri ini, Larry King telah diberi penghormatan sempena ulang tahunnya yang ke-40 dalam dunia penyiaran pada 1997 untuk mencatatkan namanya di ‘The Walk of Fame’ di ‘Hollywood Boulevard’.

Bagaimanapun, kehidupan peribadi King adalah popular dan sekontroversi rancangannya.

Pada April lalu, Larry King telah menceraikan isterinya yang ke-7 Shawn Southwick, dengan alasan "perbezaan yang tidak dapat diperbaiki lagi."

Walaupun Southwick adalah isteri King yang ke-7, tetapi hakikatnya ialah King telah berkahwin dan bercerai sebanyak lapan kali. Dia berkahwin dan bercerai sebanyak dua kali dengan wanita yang sama iaitu Alene Akin.

Pelbagai ucapan penghargaan telah diberikan sejak beliau mengumumkan hasrat untuk bersara.

"Kita akan merindui gelak ketawa Larry. Kita akan merindui tali pinggang bahunya yang kelihatan bodoh itu, kita akan merindui bagaimana pada ketika-ketika tertentu dia tidak ada idea atau gambaran siapakah tetamu yang dia sedang ditemu ramah dalam rancangannya itu... tidak akan ada Larry King yang lain dalam dunia temu bual televisyen,” kata kolumnis televisyen akhbar Washington Post, Lisa de Moraes.

Rancangan King yang terakhir akan ke udara di Amerika hari ini (Khamis).

Tetapi King berkata yang beliau tidaklah akan berpencen sepenuhnya. Ini kerana CNN telah mengikat kontrak untuk Larry King muncul dalam empat rancangan khas setahun untuk stesen televisyen tersebut.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan