Ditolak Maiya, Izwan Pilus Pilih Kumpulan Eve

Diterbitkan: Khamis, 16 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Eve dan Izwan bersatu dalam single Tiba-Tiba Cinta. Dari kiri: Evie, Yanie, Izwan dan Asila. - Foto oleh RAYMOND OOI
Kumpulan Eve dan Izwan bersatu dalam single Tiba-Tiba Cinta. Dari kiri: Evie, Yanie, Izwan dan Asila. - Foto oleh RAYMOND OOI

PETALING JAYA: Walaupun gagal berduet dengan penyanyi Singapura, Maiya Rahman, untuk single terbarunya, Tiba Tiba Cinta, Izwan Pilus tetap memilih penyanyi dari negara tersebut sebagai pengganti.

Kali ini dia memilih kumpulan Eve yang dianggotai oleh Yanie Hassan, Asila Osmera dan Evie Roslan untuk melaksanakan hasrat tersebut.

Mereka telah melakukan rakaman lagu pada 9 Disember lalu di studio milik AG, anggota kumpulan Hujan iaitu Kamar Seni di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Lagu tersebut digubah sepenuhnya oleh Izwan dan muziknya disusun oleh AG (Coco). Menariknya, Izwan menganggap lagu ini menceritakan tentang kemesraan antara orang Malaysia dan orang Singapura.

“Sepatutnya, saya melakukan projek istimewa ini dengan Maiya tetapi selepas tiga tahun menanti, akhirnya ditakdirkan dengan Eve. Maiya tidak dapat bekerjasama dengan saya kerana terikat dengan komitmen lain.

“Bagaimanapun, saya tidak kecewa kerana tidak mendapat Maiya. Hikmah sebaliknya, saya mendapat tiga orang penyanyi dalam satu kumpulan dan sekurang-kurangnya saya mampu menghasilkan lagu dengan gabungan suara yang berbeza-beza.

“Yanie mempunyai nada suara yang jelas, Asila dengan keharmonian suara “falseto” manakala Evie dengan suara serak-serak basahnya,” kata Izwan ketika ditemui di Menara Star, di sini minggu lalu.

Jika berpeluang selepas ini, mereka berharap untuk membuat video muzik. Itu pun jika ada pihak yang sudi menaja.

Menyentuh tentang lagu tersebut, Izwan akui iramanya berkonsepkan retro dan bernada rancak.

“Disebabkan ini merupakan projek pertama saya bekerjasama dengan artis Singapura dan pertama kali menggubah lagu sendiri, saya rasa agak tercabar apabila memikirkan cara untuk mengadun lagu yang banyak bahagian harmoni itu.

“Jika diikutkan tiada lagi lagu yang harmoni dan mencabar seperti ini dalam rekod peribadi saya,” ujarnya.

Izwan berkata, dengan keadaan industri muzik sekarang, dia lebih selesa menghasilkan single di bawah syarikat rakaman IP Music & Entertainment sebelum melengkapkan album penuh keduanya.

Sebelum ini, Izwan popular menerusi lagu Kembali Senyum dan Indah Lelapku.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan