Ibu Bapa Perlu Pantau Anak-anak Jadi Artis - Harun Salim Bachik

Diterbitkan: Rabu, 15 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibu bapa perlu memantau anak-anak yang masih bersekolah dan berhasrat menceburi bidang hiburan seperti pelakon, pemuzik atau penyanyi.

Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik (gambar), apabila ibu bapa mengawal aktiviti seni dan pelajaran anak-anak mereka, sekurang-kurangnya tidak timbul masalah eksploitasi sehingga mengganggu pelajaran.

Harun memberikan reaksi selepas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan menyarankan kanak-kanak di bawah umur mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja sebelum terlibat dalam sebarang aktiviti seni.

Kelulusan tersebut bagi mematuhi peraturan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010.

“Pada saya, setiap lakonan, nyanyian atau aktiviti seni yang dilakukan oleh kanak-kanak tidak dianggap sebagai pekerjaan sebaliknya sebagai hobi sahaja kerana kebanyakannya masih bersekolah.

“Jadi, pemantauan terhadap kanak-kanak perlu dititikberatkan oleh ibu bapa atau penjaga agar anak-anak mereka tidak mengabaikan pelajaran.

“Saya faham maksud pihak Kementerian Sumber Manusia, tetapi jika perkara ini melibatkan undang-undang, ia akan menjadi lebih sukar dan memerlukan banyak proses,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Katanya, watak kanak-kanak amat penting dalam kebanyakan filem atau drama. Jadi, jika tiada kanak-kanak mungkin sesuatu jalan cerita itu menjadi tidak relevan.

Jelas Harun lagi, dia dan ahlinya di bawah jabatan Majlis Tindakan Industri Kreatif dan Multimedia (Majika) akan berbincang dengan lebih serius tentang perkara ini sekiranya dipanggil oleh pihak kementerian.

“Jika dipanggil, kami akan berbincang untuk memberikan pandangan dan jalan yang terbaik kepada pihak-pihak tertentu agar masalah kanak-kanak dieksploitasi dapat dikawal. Sepatutnya pihak kementerian perlu memanggil kami,” ujarnya.

Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 pada persidangan Dewan Negara, Isnin, Maznah berkata antara peraturan yang mesti dipatuhi ialah jika bekerja selama enam hari, kanak-kanak itu perlu ada cuti selama sehari dan jika mereka bekerja selama tiga jam secara berterusan, mereka mesti ada masa rehat sekurang-kurangnya 30 minit.

Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat 47,000 kanak-kanak yang bekerja di negara ini dan sebahagian besar daripada mereka adalah bagi membantu keluarga dan bekerja secara sambilan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan