Legenda Lagu Soul, Aretha Franklin Hidap Kanser

Diterbitkan: Khamis, 9 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Lagenda lagu-lagu soul Amerika Syarikat, Aretha Franklin yang pernah berduet dengan George Michael menerusi lagu hits “You Know I’ll Be Waiting For You” telah disahkan menghidapi kanser.

Beliau telah pun menjalani pembedahan minggu lalu.

Rangkaian Media Fox 2 News yang berpangkalan di Detroit telah memetik ahli keluarga Aretha sebagai berkata, penyanyi berusia 68 tahun itu kini beransur pulih selepas menjalani pembedahan tersebut.

Bagaimanapun mereka masih berasa bimbang dan memohon agar semua peminat setianya berdoa agar beliau pulih sepenuhnya.

Fox 2 News juga telah memetik Aretha sendiri sebagai berkata bahawa pembedahan yang dilaluinya minggu lalu telah berjaya dilakukan tanpa sebarang komplikasi.

"Saya berasa bertuah kerana dirawat oleh doktor-doktor dan jururawat yang cekap," katanya.

Dalam pada itu, The Detroit News melaporkan, penyanyi itu menghidapi kanser pankreatik iaitu sejenis kanser yang paling tinggi dengan kematian berbanding kanser yang lain iaitu membunuh 95 peratus pengidapnya dalam tempoh lima tahun selepas diagnosis.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan