Jay Park Beri Persembahan Bertenaga

Diterbitkan: Selasa, 7 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Kira-kira 200 peminat penyanyi dari Korea Selatan, Jay Park atau Park Jaeboom menyaksikan persembahan artis itu dalam siri jelajah Jay Park Fan Meet Tour Live in Malaysia di Berjaya Hotel, di sini, Sabtu.

Dalam persembahan selama 90 minit itu, penyanyi berusia 23 tahun tersebut telah menyampaikan sembilan buah lagu popular antaranya Nothing On u, Demon, Aom Mix, Just One Life, It’s Me, Doin Good, Speechless, Down & U got it Bad dan Bestie.

Menurut Jay Park, siri jelajah konsert di Malaysia ini adalah selepas siri sebelumnya di Korea Selatan, Amerika Syarikat, Filipina, Singapura dan Thailand yang mendapat sambutan mengalakkan.

“Saya tidak menjangkakan sambutan sangat memberangsangkan di sini. Sebelum ini saya tidak pernah mendengar tentang Malaysia dan tidak menyangka ramai peminat.

“Peminat di sini sangat mesra dan bertenaga. Mereka turut sama menyanyi dan menari ketika saya membuat persembahan,” ujarnya yang popular dengan lagu Nothing on You versi Korea.

Jay Park juga merupakan seorang penari, penyanyi, penulis lirik dan juga pelakon. Dia juga merupakan ahli Bboy dan krew bagi Art of Movement (AOM) dan bekas ketua kumpulan 2pm.

Kini Jay Park sedang berusaha meluaskan keriernya di peringkat antarabangsa.

Sepanjang persembahan tersebut, para penonton kelihatan terhibur dan turut sama memberi semangat tanda sokongan kepada penyanyi berkenaan.

Mereka turut menyanyi dan menari bersama-sama Jay Park sehingga lagu terakhir.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan