Pencarian Cinta Jutawan Di Ntv 7

Diterbitkan: Ahad, 5 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Patti Stanger.
Patti Stanger.

PETALING JAYA: Untuk semua yang berangan berkahwin dengan seorang jutawan, saksikan drama di sebalik tabir pasangan yang disuaipadankan oleh agensi Millionaire’s Club dalam Millionaire Matchmaker, siri realiti tujuh episod di ntv7, setiap Sabtu, bermula 4 Disember ini pada 12 tengah malam hingga jam 1.00 pagi.

Temuilah Patti Stanger, penjodoh generasi ketiga, yang merupakan pengasas dan CEO agensi perkhidmatan eksklusif itu yang menyuaipadankan lelaki yang berjaya dengan bakal isteri mereka. Atas kejayaan musim pertama siri ini di Amerika Syarikat telah membawa kepada penghasilan musim kedua.

Turut membantu para pelanggan jutawan mencari cinta sejati ialah pasukan Patti yang terdiri daripada pengurus pejabat dan penolongnya, Destin, Naib Presiden Matchmaking, Chelsea, dan Eksekutif Pemasaran Millionaire’s Club, Alison.

Setiap minggu, Chelsea dan Alison membawa dua pelanggan yang mencari cinta kepada Patti.

Patti telah menyempurnakan seni menyuaipadankan wanita cantik dengan jejaka kaya. Setiap minggu, dia menerima dua hingga tiga orang lelaki yang memasang harapan berpacaran dengan wanita. Tetapi sebelum jejaka-jejaka ini diperkenalkan kepada sesiapa, mereka dikehendaki menjalankan persiapan yang sesuai. Si Patti yang merupakan penjodoh terkenal terlebih dahulu mendiagnosis “penyakit” mereka dan mendapat tahu mengapa mereka masih keseorangan walaupun memiliki rupa dan wang yang melimpah ruah. Dengan bantuan pakar-pakar dan bergantung kepada masalah mereka, sebahagian daripada mereka menjalani “makeover” manakala ada yang mendapat “makeover” dari segi emosional. Patti mempunyai pakar terapi, pembantu peribadi, pereka dalaman dan jurulatih janji temu yang bersedia menolong pelanggannya. Dia telah menjadi penjodoh untuk jejaka kaya selama lapan tahun melalui agensi Millionaire’s Club miliknya yang beroperasi di Los Angeles. Penjodoh professional ini ada menetapkan standard untuk kedua-dua jantina. "Lelaki mesti disahkan jutawan. Saya akan memeriksa gaya hidup anda - rumah anda, kereta anda, bagaimana anda melayan wanita," kata Patti. Wanita pula boleh terdiri daripada apa-apa umur, kaum, berat dan bentuk badan. Jika wanita-wanita ini bersetuju mengambil gambar profesional, mereka diberi jaminan pendaftaran, tetapi bukanlah temujanji sehingga ada lelaki yang berminat. Namun, Patti menetapkan satu peraturan yang amat penting untuk wanita. "Anda tidak dibenarkan menjadi pisau cukur. Kami akan memeriksa semua untuk memastikan pelanggan kami tidak dikikis. Saya boleh kenal siapa pisau cukur dari jarak lima batu lagi kerana lazimnya mereka akan menanya soalan seperti, 'Berapa buah kereta yang dia miliki? Berapa buah rumah?’," katanya. Tetapi apabila jejaka itu sendiri mula memberi hadiah kepada wanita yang disuaipadankan, apa-apa pun boleh terjadi. Menurut Patti, pelanggan yang tersenarai dalam agensinya pernah menghadiahkan rumah, kereta, dan cincin berlian kepada buah hati. Mereka tidak kedekut dan suka berbelanja. Mereka ada wang dan pada anggapan mereka, tidak salah untuk berkongsi kekayaan. Di ntv7 pula, berkongsi ilmu dan pandangan memang amalan yang selalu diutamakan. Dengan Millionaire Matchmaker, penonton boleh mendapatkan petua yang berguna dalam mendapatkan jejaka atau wanita idaman. Untuk maklumat lebih lanjut, layarilah www.ntv7.com.my atau ikutilah kemas kini terbaru kami di Facebook dan Twitter.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan