FFAP Ke-54: Allahyarham Yasmin Ahmad Gondol Pengarah Terbaik

Diterbitkan: Ahad, 5 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPEI: Allahyarham Yasmin Ahmad melakar sejarah negara apabila dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik melalui filem terakhir arahannya "Mualaf" di Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-54 di sini Sabtu malam.

Ketua Delegasi Malaysia ke festival itu, merangkap Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia Ahmad Puad Onah berkata anugerah itu merupakan julung kalinya dimenangi Malaysia sejak festival itu diperkenalkan.

"Ini merupakan detik bersejarah bagi Malaysia. Jika sebelum ini kita pernah memenangi anugerah pelakon terbaik tetapi kali ini kita berjaya membolot anugerah tertinggi pada pertandingan filem serantau itu," katanya kepada Bernama selepas festival itu yang berlansung di Dewan Peringatan Dr. Sun Yet-Sen, Sabtu.

Ahmad Puad yang mewakili Allahyarham menerima trofi berkenaan berkata beliau sangat berbangga dengan pencapaian Yasmin yang merupakan antara kenalan rapatnya kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia.

Muallaf yang dibintangi oleh pelakon muda berbakat besar, Sharifah Amani itu mengisahkan tentang bagaimana tiga orang individu mencari ketenangan jiwa menerusi agama.

Yasmin meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 26 Julai tahun lalu kerana pendarahan otak pada usia 51 tahun.

Anugerah Pengarah Terbaik yang dimenangi oleh Yasmin itu merupakan satu-satunya trofi yang menjadi milik Malaysia yang turut menghantar lima buah filem untuk diadili di festival berkenaan kali ini.

Selain Mualaf, empat lagi filem Malaysia yang dipertandingkan ialah Magika, Lagenda Budak Setan, Pisau Cukur, dan Cinta Ais Kacang.

FFAP dianjurkan oleh Federation Of Motion Picture In Asia Pacific (FPA), di mana kali ini ia disertai oleh 13 buah negara dengan penyertaan 37 filem cereka, 14 filem pendek dan dua buah dokumentari.

Malaysia sebelum ini menerusi beberapa penganjuran FFAP pernah meraih anugerah utama melalui Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang menerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada FFAP keempat pada 1957 menerusi filem Anakku Sazali, Maya Karin pada FFAP ke-49 (2004) serta Datin Seri Tiara Jacquelina pada FFAP ke-50 (2005). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan