Astro Gondol Emas dan Perak di 'Promaxbda Asia Award'

Diterbitkan: Ahad, 5 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Astro berjaya menggondol enam kategori sewaktu Promaxbda Asia Award yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.

Enam kategori yang dimenangi oleh Astro adalah Emas untuk Promo Komedi Terbaik menerusi Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) Muzik Cetak Rompak— Kitaran Cetak Rompak, Perak untuk Promo Komedi Terbaik (Teaser Jangan Lupa Lirik 3), Emas untuk Interstitial Terbaik (Tarian Diski), Perak untuk Promo Filem Terbaik (Filem Astro Box Office Thangathirai), Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (Naib Presiden Pengurusan Kandungan, Rob Middleton) dan Anugerah Emas menerusi kategori Rocket Award (Penerbit, Publisiti dan Promosi Astro Entertainment Sdn Bhd, Cheow Chun Hong).

"Industri kreatif telah berkembang dan membantu meletakkan Malaysia sebagai pusat inovasi dan imaginasi dan Astro mencabar keupayaan sendiri dalam menghasilkan pengisian kandungan terunggul. Bertemakan Recharge+, Astro sekali lagi membuktikan keupayaan dengan berjaya menggondol kemenangan berganda berbanding tahun lalu,” kata Naib Presiden, Publisiti & Promosi Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), Abid Hussain.

Berada dalam industri dan di Asia selama lebih daripada 20 tahun dan bekerja sebagai pembikin, pembela dan pembimbing ke arah industri kreatif yang kehadapan, Ketua Bahagian On-Air Promo (OAP), Astro Rob Middleton sememangnya layak untuk mendapat pengiktirafan Anugerah Pencapaian Hayat.

Middleton berkata, “Saya dengan rasa rendah diri berasa amat gembira kerana telah terpilih untuk menerima pengiktirafan sebegini dalam industri yang diceburi. Akan tetapi, saya percaya kehebatan seseorang itu hanya boleh diukur berdasarkan kehebatan rakan sepasukan dan saya beruntung kerana mempunyai ahli pasukan yang terhebat di dunia.

“Saya juga berasa sangat bertuah kerana telah berpeluang untuk berkhidmat di beberapa buah negara di serata dunia dan ternyata bakat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh ahli pasukan saya di Kuala Lumpur adalah yang terbaik berbanding semua pasukan yang pernah saya sertai sebelum ini.”

Bagi Cheow Chun Hong yang telah berkecimpung dalam industri ini selama dua tahun, memenangi Anugerah Roket adalah permulaan dalam mengejar impiannya untuk terus mencabar keupayaan diri sendiri agar sentiasa memberikan yang terbaik.

“Ianya sesuatu yang menakjubkan apabila sesebuah promo yang hanya berdurasi selama 30 hingga 60 saat mampu memberitahu kita tentang sebuah cerita, inilah yang dipanggil seni komunikasi.

“Kemenangan ini amat bermakna kerana ini adalah kemenangan bersama untuk semua ahli pasukan yang telah banyak menyokong dan membantu saya selama ini. Anugerah ini juga turut membuktikan peningkatan mutu, kecanggihan, bakat dan kesungguhan para penggiat industri di Malaysia,” ujar Cheow.

Promaxbda Asia Awards ialah sebuah pertandingan yang mengiktiraf pengisian kandungan kreatif terbaik dalam bidang elektronik dan media penyiaran di rantau ini.

Kemasukan yang dihantar adalah daripada penggiat professional dalam bidang promosi dan pemasaran yang berkecimpung dalam bidang elektronik dan media penyiaran. Semua kemasukan diadili berdasarkan kreativiti, kualiti produksi dan pencapaian objektif pemasaran atau strategi kreatif yang merangkumi matlamat, misi, cabaran dan hasil akhir.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan