24 Selebriti Jual Kek Coklat

Diterbitkan: Ahad, 5 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kehadiran 24 selebriti di Great Estern Mall (GEM), Sabtu membantu melariskan jualan kek coklat untuk kutipan amal.

Mereka termasuklah Marsha Londoh, Jehan Miskin, Juliana Evans, Lisdawati, Siti Shahriza, Farhan Azizan, Amber Chia, Diddy Hirdy, Sharnaaz Ahmad, Faeza Elai dan Fouziah Gous.

Pihak GEM mensasarkan sebanyak RM17,000 hasil jualan kek itu untuk didermakan kepada badan kebajikan kanak-kanak.

Menurut Eksekutif Kanan Periklanan dan Promosi GEM, Jessica Lee Siao Hoon, sebanyak 15 buah hotel di ibu kota yang terlibat dengan Pertandingan Kek Coklat ke-4 dan aktiviti jualan kek.

Kek dijual pada harga RM15 sepotong dan RM500 sebiji.

Antara hotel yang terlibat termasuklah Berjaya Times Square Hotel, Crown Plaza Mutiara Kuala Lumpur, Dorsett Regency Hotel, Empire Hotel, Le Meridien, Mandarin Oriental, The Legend Hotel dan Sheraton Imperial Hotel.

Pemenang tempat pertama, kedua, ketiga, kategori kek coklat paling kreatif dan kek coklat terbaik berjaya membawa pulang sebuah trofi masing-masing.

Pertandingan ini diadili oleh chef selebriti Datuk Chef Wan selaku ketua juri, wakil GEM, Bruce Lee Yee Lam, Emilya Ab Rahim (ntv7), Winnie Yong (Prestige), Sharifah Intan (Weekender, The Star), Kee Hua Chee (Lifestyle Journalist), Theresa Madavalan (Life & Times, NST), Elaine Kwong (Women’s Weekly), Salina Abdullah (Berita Harian) dan Rahayu Salleh (Harian Metro).

Pertandingan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 2004 dan tahun ini merupakan tahun keempat.

Apa kata selebriti:

Diddy Hirdy

“Acara ini sangat bagus, unik dan patut diteruskan pada masa akan datang. Biasa orang buat show untuk amal tetapi acara ini berlainan sedikit dengan menjual makanan.”

Amber Chia

“Saya terlibat dengan acara ini buat kali ketiga. Saya rasa gembira kerana ramai orang datang memberikan sokongan kepada acara ini. Tetapi jualan pada tahun ini agak perlahan berbanding tahun lalu.

“Bagaimanapun, saya akan cuba membantu acara ini dan sempat membeli sepotong kek. Saya akan memberikan sokongan untuk kebajikan kanak-kanak kerana ia sangat penting untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.”

Sharnaaz Ahmad

“Walaupun pertama kali menyertai acara ini, saya rasa sangat seronok. Saya tak sangka dan tidak pernah tahu ada acara seperti ini. Nasib baik Bill Bora mengajak saya dan selebriti lain untuk menyertainya.

“Tetapi saya sarankan acara seperti ini dilakukan dalam sekali atau dua kali setahun kerana jika selalu dilakukan, nilai eksklusivitinya semakin hilang. Jadi, orang pun cepat jemu kerana tiada tarikan lagi.”

Farhan Azizan

“Selain aktiviti sosial, kami juga membantu orang yang memerlukan melalui acara seperti ini. Saya berminat menyertai acara ini kerana kerja amal dan kebaikan.

“Kami bukan sekadar mendapatkan wang untuk amal tetapi dalam masa yang sama menggunakan peluang bertemu dan beramah mesra dengan peminat.”

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan