Pementasan Kedua Muzikal Tun Mahathir Januari Ini

Diterbitkan: Sabtu, 4 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muzikal Tun Mahathir semasa pertama kali dipentaskan di Istana Budaya.
Muzikal Tun Mahathir semasa pertama kali dipentaskan di Istana Budaya.

PETALING JAYA: CTRA Production dengan kerjasama Istana Budaya, Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan mementaskan Muzikal Tun Mahathir Musim 2 (MTM2) pada 21 hingga 30 Januari 2011 depan di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Teater yang ditulis oleh Ismail Kassan, arahan Rosminah Mohd Tahir dan diterbitkan oleh Siti Rohayah Attan ini pernah dipentaskan dari 24 September hingga 9 Oktober 2010 ditempat yang sama.

Antara pelakon yang terlibat ialah Esma Daniel, Zizan Nin, Erra Fazira, Misha Omar, Shefiq Shazwan, Datuk Jalaluddin Hassan, Diana Johor, Zaibo dan Eyzendy Aziz.

Pementasan semula MTM2 ini menjadikan ia sebagai teater pertama di negara ini yang dipentaskan semula dalam tempoh yang singkat iaitu hanya tiga bulan.

Kebanyakan teater yang dipentaskan semula mengambil masa sekitar setahun sebelum dipentaskan semula seperti Puteri Gunung Ledang, Cuci dan Muzikal Ibu Zain.

Menurut Penerbit MTM2, Siti Rohayah Attan, keputusan mementaskan semula teater tersebut adalah kerana permintaan ramai dan keinginan Tun Dr. Mahathir untuk menonton sendiri teater tersebut kerana tidak berkesempatan menonton pada pementasan pertama.

“Saya telah mendapat keizinan daripada Dr. Mahathir sendiri untuk mementaskan semula teater ini.

“Keizinan dan restu itu saya perolehi melalui surat Dr Mahathir bertarikh 29 Oktober iaitu kira-kira 20 hari selepas selesai persembahan pertama,” kata Siti Rohayah.

Menurutnya, pertemuan dan perbincangan sedang diadakan secara serius dengan semua tenaga produksi memandangkan mereka hanya mempunyai masa sebulan untuk merealitikan hasrat tersebut.

Uji bakat bagi mencari pelakon baru juga telah diadakan pada 21 November lalu yang mana penglibatan mahasiswa institusi pengajian tinggi terutamanya ASWARA, UITM dan Universiti Malaya diberikan keutamaan.

“Ini dapat memberi peluang yang lebih besar kepada mereka untuk mengenali tokoh hebat ini secara lebih dekat lagi. Apatah lagi kebanyakan mahasiswa ini terlibat dalam bidang seni secara langsung,” katanya.

Bagi pementasan kali ini, dijangka pelakon asal seperti Esma Daniel, Zizan Nin, Erra Fazira, Misha Omar dan Datuk Jalaludin Hassan akan kekal.

Bagaimanapun, beberapa pelakon bertaraf `lima bintang’ sedang dirisik oleh Produksi MTM2 bagi memeriahkan lagi musim kedua.

Tiket-tiket berharga RM32, RM52, RM82, RM152 dan RM302 sedang dijual dan boleh diperolehi melalui www.ticket2u.biz atau datang sendiri ke kaunter tiket di Istana Budaya.

Keterangn lanjut boleh melayari www.muzikaltunmahathir.blogspot.com atau menelefon 03-61866592/03-40265558/ 03-41478600

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan