Nicole Scherzinger Belum Rancang Kahwin Lewis Hamilton

Diterbitkan: Khamis, 2 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Nicole Scherzinger mengakui masih belum mempunyai sebarang perancagan untuk mengakhiri zaman bujang dengan kekasihnya Lewis Hamilton.

Seperti dipetik Showbiz Spy, Nicole tidak menyasarkan bila untuk berkahwin kerana buat masa ini dia bahagia dengan kehidupan yang sedang dilaluinya.

“Saya belum merancang apa-apa tentang hubungan ini. Kami sedang melalui saat-saat bahagia sebagai sepasang kekasih,” katanya.

Sementara itu, Nicole memberitahu dia sangat menyokong kerjaya kekasihnya itu sebgai pelumba F1. Malah dia tidak pernah berasa takut ketika melihat kekasihnya itu berlumba.

“Saya tidak pernah takut dengan apa yang dilakukannya sekarang, jika dia suka dengan kerjayanya. saya hanya mampu memberi sokongan dari belakang,” ujarnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan