Christina Aguilera Temui Pengganti

Diterbitkan: Rabu, 1 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WALAUPUN baru saja difailkan cerai oleh bekas suami, Jordan Bratman, penyanyi Christina Aguilera mungkin sudah menemui teman baru iaitu Matt Rutler kerana sering menghabiskan masanya bersama lelaki tersebut.

Christina dan Matt yang merupakan seorang pembantu set bagi filem lakonan Christina, Burlesque, menghabiskan masa di sebuah biara di Hollywood Barat pada 24 November lalu dan mereka dilihat menari bersama.

"Dia (Christina) tampak tenang ketika bersama Matt dan mereka seperti kelihatan serius untuk menjalinkan hubungan," kata sumber kepada majalah People.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hurt itu telah meluangkan masa bersama rakan-rakannya dan Matt pada Hari Kesyukuran (Thanksgiving) dan kemudiannya, pasangan itu terus ke New York. Bagaimanapun, anaknya, Max, tidak mengikuti mereka kerana Max menghabiskan hari minggunya bersama Jordan.

"Ini merupakan kali pertama Christina menyambut Hari Kesyukuran tanpa Max dan ia agak sukar diterima buat penyanyi Itu. Sebab itu Christina cuba mengisi kesedihannya itu dengan menghabiskan masa bersama rakan-rakannya serta Matt," kata sumber tersebut.

Pada minggu lalu, Christina dilaporkan telah pergi ke rumah Matt di Rhode Island untuk bertemu dengan ibu Matt, Kathleen.

"Bagaimanapun, pertemuan Christina dengan keluarga Matt tidak bermakna mereka sedang bercinta.

"Mungkin mereka sedang mengenali hati budi masing-masing dahulu> Cuma sekarang ini mereka kerap dilihat bersama," kata sumber itu.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan