Sale El Sol Taruhan Terbaru Shakira

Diterbitkan: Isnin, 29 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SETAHUN berlalu dengan album She Wolf, kini penyanyi Latin, Shakira (gambar) kembali dengan album ketujuhnya, Sale El Sol/ The Sun Comes Out.

Seperti album-album Shakira sebelum ini, Sale El Sol pasti akan menerima pencapaian anugerah emas dan platinum di seluruh dunia kerana memiliki lagu tema piala dunia FIFA 2010 Waka Waka dalam album tersebut, ia pasti membuatkan para peminatnya membeli album itu dengan mudah.

Dengan menampilkan sebanyak 15 trek lagu, hanya separuh daripada lagu sahaja yang mampu menjadi hits dan selebihnya, ia sekadar karya muzik biasa.

Bagaimanapun, yang jelas, Shakira lebih hebat dalam penghasilan album Latin berbanding album Inggerisnya kerana mempunyai kekuatan muzik dan vokal tersendiri.

Ia tampak lebih semulajadi dan konsep muzik berunsur rock Latin disertai dengan elemen romantik yang dihasilkan begitu sesuai dengan vokal penyanyi kelahiran Colombia itu.

Walaupun tidak semua lagu yang dihasilkan bagus, pujian perlu diberikan kerana inilah kali pertama Shakira menggubah lagu dan menerbit album tersebut.

Antara lagu yang mungkin menjadi pilihan pendengar ialah Loca, Rabiosa, Sale Ol Sa, Antes de las seis, Gordita, Waka-Waka, Addicted To You dan Island.

Menurut Shakira, menerusi temu bual bersama The New York Times, penghasilan album Sale El Sol agak bermakna untuk dirinya kerana setiap lagu mempunyai kaitan dalam kehidupan penyanyi itu.

“Saya diberi bakat menyanyi dan mencipta lagu, jadi saya menggunakannya sebaik yang mungkin untuk menghasilkan lagu yang terbaik kepada para peminat muzik.

“Senang kata, setiap lagu dalam album ini ada kaitan dengan hidup saya. Selain itu, baru saya perasan yang lagu Waka Waka (It’s Time For Afrika) membuatkan ramai orang menjadikan lagu tersebut sebagai sebahagian daripada hidup mereka.

“Maksud saya, mereka akan menyanyikan lagu tersebut di mana-mana tidak kira waktu walaupun FIFA sudah lama menutup tirainya pada Julai lalu.

“Dalam pada itu, saya suka menghasilkan lagu berbentuk nasihat kehidupan seharian kerana ia pastinya penting untuk seseorang mendengar lagu sebegitu untuk menaikkan semangat mereka disaat melalui wkatu kesukaran,” katanya.

Single pertama Loca merupakan sebuah lagu yang agak menarik dan memiliki unsur muzik dance yang catchy, sesuai untuk pendengar muzik remaja masa kini.

Lain pula bagi lagu Addicted To You, elemen muzik berunsur perkusi membuatkan lagu tersebut lebih meriah.

Pada pandangan peribadi penulis pula, lagu Devoction yang berunsur alternatif rock agak menarik didengar. Apalagi tambahan muzik gitar eletktrik dan dram membuatkan lagu tersebut cukup sempurna.

Sementara itu, album Sale EL Sol turut menampilkan penyanyi El Cata (Loca), Calle 13 (Gordita), The xx (Island) dan K-Mix (Waka Waka (Esto Es Africa))

Lagu pilihan: Loca, Waka Waka (Esto es Africa), Gordita, Rabiosa dan Devoction.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan