‘Princess Party’ & Tayangan ‘Rapunzel’ Bersama AmBank Menghiburkan!

Diterbitkan: Isnin, 29 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemenang pertandingan ‘Prince/ Princess Pose’ Terbaik dan Pakaian Terbaik Putera/ Puteri. - Foto oleh CHAN TAK KONG
Pemenang pertandingan ‘Prince/ Princess Pose’ Terbaik dan Pakaian Terbaik Putera/ Puteri. - Foto oleh CHAN TAK KONG

KUALA LUMPUR: Lebih 100 orang kanak-kanak terhibur dengan majlis Princess Party dan tayangan istimewa filem Rapunzel anjuran AmBank di GSC, Pavilion, di sini, Ahad.

Sempena dengan pertandingan AmBank-Disney Magical Adventure, buat julung kalinya, AmBank Berhad telah menjemput seramai 200 orang termasuk pelanggan-pelanggan Saver’s G.A.N.G dan peminat-peminat Facebook AmBank Disney Rapunzel ke majlis tersebut.

Nurul Ain Fatiha, 10, akui majlis ini bukan sahaja menyeronokkan malah dia turut menggemari watak Rapunzel.

“Cerita Rapunzel best dan kelakar,” katanya yang hadir ditemani ibu dan adik-beradiknya yang lain.

Sementara Simarjit Singh, 5, turut menyukai filem tersebut dan mengagumi rambut Rapunzel yang panjang berjela-jela dan kuning keemasan.

Bagi Baayah Abdullah, 15, adegan Rapunzel mengetahui ahli sihir yang menyamar sebagai ibunya merupakan orang jahat, sangat menyayat hati.

“Cerita ini seronok tetapi saya turut berasa sedih apabila Rapunzel tahu tentang wanita itu bukanlah ibunya yang sebenar,” ujarnya yang sempat mewarnai kukunya di majlis tersebut.

Antara aktiviti menarik lain termasuklah ‘nail art’, ‘tattoo art’, karikatur, sesi bergambar bersama Disney, pertandingan ‘Prince/ Princess Pose’ Terbaik dan Pakaian Terbaik Putera/ Puteri.

Kanak-kanak yang hadir dalam majlis ini turut mengenakan pakaian bertemakan putera dan puteri.

Pemenang-pemenang Putera dan Puteri mendapat wang tunai bernilai RM500 dalam akaun Savers’ G.A.N.G masing-masing.

Selain itu, kanak-kanak yang hadir menerima set alat tulis AmBank Rapunzel manakala lima hadiah cabutan bertuah turut menerima RM100 wang tunai dalam akaun AmBank Family First atau akaun Savers’ G.A.N.G.

Dalam pada itu, Pengurus Besar, Penyelesaian Deposit dan Pelanggan, Perbankan Runcit, AmBank Berhad, Zarida Jean Noordin berkata, pihak AmBank berasa gembira dapat menganjurkan majlis seperti ini.

“Majlis ini dilakukan untuk menghargai pemegang-pemegang akaun Savers’ G.A.N.G. dan keluarga mereka sebagai aspirasi untuk mengeratkan perhubungan dan talian antara keluarga. Namun kami belum pasti lagi sama ada majlis ini akan dilakukan sebagai acara tahunan atau tidak,” ujarnya.

Tambahnya: “Kami juga menawarkan kepada penyimpan individu AmBank dan AmIslamic baru dan sedia ada untuk memenangi percutian keluarga magikal Disney untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak ke Florida, Paris, Tokyo dan Hong Kong.

“Juga terdapat dua hadiah mingguan, iaitu kamera digital Canon EOS DSLR dan Canon IXUS. Pertandingan telah dibuka sehingga 31 Disember ini.”

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan