TV3 & AWP Realisasikan Perkahwinan Pengidap Leukemia

Diterbitkan: Ahad, 28 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiap wanita pastinya impikan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang lagi indah sebagai pengikat kasih di atas percintaan dengan jejaka idaman masing-masing.

Uniknya, TV3 dengan bekerjasama Association of Wedding Professionals (AWP) Malaysia telah melancarkan Kempen Mahligai Impian bermula Julai untuk membantu merealisasikan impian perkahwinan bagi pasangan yang menghidap penyakit kanser ataupun cacat anggota badan seperti pemenang bertuah, Oliver Julian Oh Jie, 26, dan tunangnya Michelle Lee Ching Yu, 29, yang kini mengidap penyakit leukemia.

Bagi mereka yang teruja untuk mengikuti kisah percintaan dan menyaksikan keindahan majlis perkahwinan Michelle dan Oliver, TV3 bakal menyiarkan sisipan di sebalik tabir dan kisah unik pasangan ini menerusi program Cerita Cinta pada 8 Disember 2010, hari Rabu jam 11.30 pagi.

Selepas hampir lima bulan tempoh penyertaan dibuka, TV3 dan AWP selaku penganjur mengumumkan pasangan Michelle dan Oliver sebagai pemenang bertuah Kempen Mahligai Impian yang julung-julung kali diadakan ini.

Berjaya memenangi satu pakej perkahwinan yang dikendali dan ditaja sepenuhnya oleh AWP bernilai RM100,000. Pasangan ini diraikan di dalam sebuah majlis perkahwinan yang meriah berdasarkan impian Michelle bertempat di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC). Michelle telah memilih 25 November 2010 sebagai tarikh keramat permulaan kehidupannya bergelar raja sehari.

Sakit tidak bermakna boleh menjadi penghalang kepada kunci kebahagiaan Michelle yang telah menghidap leukemia sejak 2008 dan sehingga kini masih menjalani rawatan terapi di Subang Jaya Medical Centre.

Setelah tujuh tahun menjalin kasih, Michelle dan Oliver telah pun mendaftarkan status perkahwinan mereka pada 20 Oktober 2010 dan kini sah menjadi suami isteri selepas menjalani upacar ringkas ikrar sumpah di gereja.

Namun begitu, Michelle masih menyimpan hasrat untuk meraikan hari bahagianya bersama Oliver di dalam sebuah majlis perkahwinan yang ringkas tetapi meriah dan dihadiri oleh kedua keluarga terdekat, saudara mara dan sahabat handai.

Antara pakej perkahwinan yang telah diberikan kepada Michelle dan Oliver adalah seperti pakej perunding perkahwinan professional dari Events Wizard & Nuptsandsuch, tajaan busana pengantin dari That. Special Occasion & Bespoked, tajaan pakej fotografi dari Rintis Images, tajaan dandanan & solekan dari Beauty Haven, Bridal Glam dan Michelle Touche, tajaan “pre wedding” fotografi dari Covershots, tajaan videografi perkahwinan dari Beezworks, tajaan cincin perkahwinan dari Radiance Diamond, tajaan dekorasi perkahwinan dari La Flaire, dan juga tajaan kelengkapan perkahwinan daripada Acadia, The Olive Branch, Zach Chin Photography, The Wedding Card Shop, One Red Lily, Janet Lee, Xocolati dan Veralyne.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan