Penyanyi Indie Beri Saingan-Ezlynn

Diterbitkan: Jumaat, 26 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menurut Ezlynn, Anugerah Juara Lagu ke-25 dijangka lebih sengit. - Foto oleh SAMUEL ONG
Menurut Ezlynn, Anugerah Juara Lagu ke-25 dijangka lebih sengit. - Foto oleh SAMUEL ONG

PETALING JAYA: Penyanyi Ezlynn mengakui aliran muzik kini lebih kepada lagu-lagu yang ringan berbanding trend muzik dahulu.

Kata Ezlynn, pendengar muzik kini mahukan muzik berentak santai dan boleh dinyanyikan oleh mereka.

“Pendengar suka lagu yang mudah, ringan dan santai. Mereka lebih suka mendengar lagu yang mana mereka boleh menyanyikan bersama-sama.

“Kalau dulu kita lihat pendengar suka kepada lagu yang mempunyai makna yang tersirat dan bernada tinggi namun kini mereka sudah beralih kepada aliran lagu baru,” katanya.

Tambah penyanyi ini, perkembangan muzik tempatan kini memberi lebih saingan dalam ruang industri muzik tanah air.

“Hari ini ramai penyanyi baru muncul, malah mereka juga datang dengan pekej tersendiri iaitu sebagai komposer.

“Bagi saya itu adalah satu persaingan yang sihat. Ramai penyanyi-penyanyi indie keluar memperjuangkan muzik mereka,” ujarnya.

Menurut Ezlynn, Anugerah Juara Lagu (AJL) yang bakal berlangsung ini dijangka lebih sengit.

“Ketika saya dahulu lagu dipertandingkan berdasarkan kategori, tapi kini tidak lagi. Ia pasti lebih sengit kerana kesemua lagu akan bersaing sesama sendiri.

“Kebelakangan ini juga senario AJL sudah berubah kepada nama-nama baru yang masih muda. Tiada lagi nama-nama besar seperti dahulu,” katanya.

Disebabkan perubahan tersebut juga, penyanyi yang terkenal dengan lagu Hye Hye Bye Bye ini juga mengakui mengikuti rentak muzik mereka.

Ezlynn juga telah menggunakan khidmat penyanyi dan komposer Noh (Hujan) untuk mencipta sebuah lagu berjudul Tic Tac Toe.

“Saya masih dengan genre muzik saya iaitu pop dance, namun saya juga ada menyanyikan lagu ciptaan Noh Hujan berjudul Tic Tac Toe,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan