‘Like Toy Dolls’ Juarai Filem Pendek BMW 2010

Diterbitkan: Jumaat, 26 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yih Wen bersama Anugerah Utama Filem Pendek BMW 2010 menerusi filem pendek 'Like Toy Dolls'. Foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI.
Yih Wen bersama Anugerah Utama Filem Pendek BMW 2010 menerusi filem pendek 'Like Toy Dolls'. Foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI.

KUALA LUMPUR: Filem pendek ‘Like Toy Dolls’ yang dihasilkan oleh seorang editor video muda berusia 25 tahun, Chen Yih Wen memenangi hadiah utama berupa geran penerbitan sebanyak RM75,000 dalam Anugerah Filem Pendek BMW 2010.

Filem pendek yang menewaskan 48 pesaing lain itu berdurasi empat setengah minit menyorot isu pembuangan bayi.

Bakat muda itu turut memenangi Anugerah Sinematografi Terbaik dan Reka Bentuk Produksi Terbaik selain dicalonkan bagi kategori Anugerah Lakon Layar Terbaik.

Yih Wen berkata, dia tidak menyangka kemenangan hadiah utama berpihak kepadanya tetapi yakin dengan filem pendek yang dihasilkan bersama rakan-rakan.

“Isu pembuangan bayi sering dilaporkan di media dan menerusi filem pendek terus menyuarakan pandangan mengenainya.

“Terima kasih kerana menilai hasil kerja dan kreativiti kami. Ini sekali gus membuka peluang kepada bakat muda seperti kami untuk terus berjuang dalam menghasilkan filem pendek lebih berkualiti dan kreatif,” katanya kepada media di sini, Khamis.

Filem Pendek BMW 2010 yang dianjurkan kali keempat sejak tahun 2007 menjadi platform kepada bakat tempatan mengetengahkan kreativiti, ketulenan dan kesungguhan dalam pembikinan filem.

Dalam pada itu, Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan BMW Malaysia, Sashi Ambi berkata, Filem Pendek BMW merupakan platform untuk mengenal pasti dan menyokong pembuat filem Malaysia berbakat.

“Pertambahan kategori anugerah dalam pertandingan tahun ini telah memberi pengiktirafan kepada ramai individu berbakat dalam komuniti perfileman Malaysia.

“Melangkah ke hadapan, Kumpulan BMW Malaysia komited untuk meneruskan Filem Pendek BMW sebagai pertandingan yang penting dan relevan,” katanya.

Filem-filem yang terpilih ke peringkat akhir adalah ‘Bajet’ oleh Ahmad Azmhuri Mat Nayan, ‘Kickstart’ (Mahendra Chidambaram Pillai), ‘Who Cares?’ (Denis Ting) dan ‘Perspectives’ (Gary Liew).

Filem ‘Kickstar dipilih sebagai pemenang Anugerah Pilihan Ramai apabila mencatatkan 4,000 pengundi dari seluruh dunia menerusi sistem undian dalam talian.

Senarai penuh pemenang Anugerah Filem Pendek BMW 2010:

Pemenang Hadiah Utama Filem Pendek 2010: “Like Toy Dolls” oleh Chen Yih Wen

Anugerah Pilihan Ramai: “Kickstart” oleh Mahendra Chidambaram Pillai

Pelakon Lelaki Terbaik: Karnan Kanapaphy dalam “Kickstart”

Pelakon Wanita Terbaik: Junvina Lim dalam “Who Cares?”

Sinematografi Terbaik: “Like Toy Dolls” oleh Chen Yih Wen

Lakon Layar Terbaik: "Bajet” oleh Ahmad Azmhuri Mat Nayan

Reka bentuk Produksi Terbaik: “Like Toy Dolls” oleh Chen Yih Wen

Suntingan Terbaik: “Perspectives” oleh Gary Liew

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan