Rapper Loon (Bad Boy) Berdakwah Di Perth

Diterbitkan: Khamis, 25 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wajah berbeza Loon sebelum dan selepas memeluk Islam. - Foto Google
Wajah berbeza Loon sebelum dan selepas memeluk Islam. - Foto Google

PERTH: Penyanyi rap Loon atau nama Islamnya Amir Junaid Muhadith akan memberikan dakwah dan berkongsi tentang pengetahuan agamanya di sini selama tiga hari bermula 26 November ini.

Antara lokasi yang dikunjungi termasuklah Australian Islamic College, Curtin University, Bentley dan Pusat Komuniti Bentley.

Menurut majalah Wake Up Call, Loon, 35, akan merungkai tentang kisah FitnaBook/ FaceBook pada 26 November, pukul 7.30 malam dan Pursuit of Happiness (27 November, 7.30 malam).

Sementara pada 28 November, pukul 7.30 malam, Loon akan menghadiri Youth Dinner Night di Pusat Komuniti Bentley.

Loon atau nama sebenarnya Chauncey Lamont Hawkins dilahirkan pada 20 Jun 1975 di Harlem, New York.

Dia merupakan penyanyi rap Afrika-Amerika dan pernah menjadi sebahagian Bad Boy Records milik P. Diddy. Loon pernah muncul dengan album sulungnya berjudul Loon.

Dia juga banyak membuat persembahan undangan dengan membawakan lagu genre R&B dan hip hop.

Loon menerima Islam pada Disember 2008 ketika mengikuti lawatan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Kini, dia telah berhenti menyanyi dan menumpukan kepada aktiviti dakwah.

Untuk maklumat lanjut, hubungi CMSA dengan menghubungi (08)0411045900 atau emel ke secretary.cmsa@gmail.com atau hubungi Ali Shariff di (08)0425043070 atau emel shariff_2000@hotmail.com.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan