Lokasi Luar Negara Kelainan "Awan Dania 3"

Diterbitkan: Selasa, 23 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Scha Al-Yahya peneraju Awan Dania Musim ke 3.
Scha Al-Yahya peneraju Awan Dania Musim ke 3.

PERTH: Pengarah drama Awan Dania musim ke 3, Dinesh Samby, 31, menjanjikan kelainan kepada penonton apabila drama tersebut menemui penonton setiap Isnin bermula 22 November (semalam).

Drama bersiri itu ke udara pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria.

Menurutnya, musim ke-3 ini bukan sahaja tampil kelainan dengan memaparkan 70 peratus lokasi di luar negara malah turut melakukan beberapa pembaharuan.

“Drama Awan Dania 3 dilakukan seperti sebuah drama baru. Pada pandangan saya, maksud baru itu seperti lokasi, kostum, stail dan kualiti gambar.

“Jika diikutkan, jalan ceritanya agak klise, jadi sebab itu kami tampilkan kelainan dari segi persembahan cerita untuk musim baru ini. Sebab itu, saya berani menyarankan kepada pihak Astro untuk membuat penggambaran drama ini di luar negara.

“Setakat ini, kami telah menjalani penggambaran di Seoul, Korea Selatan dan Perth, Australia. Selepas ini, mungkin kami akan ke Jordan,” katanya kepada mStar Online di Kings Park, di sini, Isnin.

Pihak mStar turut berpeluang membuat liputan penggambaran Awan Dania 3 yang diadakan hampir seminggu di Perth, Australia bermula Ahad lalu.

Drama 26 episod ini diterajui oleh pelakon Scha Alyahya sebagai Dania, Jehan Miskin (Benjy), Gambit Abdullah (Akmal Tan Sri Akbar), Mustapha Kamal (Rahman), Irma Hasmie (Fifi), Dynas Mokhtar (Zanita Bahri) dan Marsha Londoh (Idora Kamal).

Drama terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd ini mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Dania, seorang wanita lasak dan cekal. Walaupun begitu, Dania berjaya menonjolkan sifat kesopanan dan lemah lembut seorang wanita menerusi kerjayanya sebagai seorang pramugari.

Musim kali ini menyaksikan lembaran baru dalam hidup Dania yang kini berkhidmat sebagai pramugari eksekutif di Syarikat Penerbangan D’nest.

Di sinilah bermulanya cabaran baru dalam hidup Dania yang terpaksa ditempuhi untuk membuktikan bahawa dirinya layak menggalas tanggung jawab tersebut walaupun mempunyai pengalaman yang cetek dalam menjalankan tugas sebagai kru kabin kelas pertama.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan