Hadiah Menarik Dari Disney Channel Sempena Cuti Sekolah

Diterbitkan: Selasa, 23 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Saluran kanak-kanak terkenal, Disney Channel menyediakan hadiah-hadiah menarik untuk penonton bertuah dengan hanya menyaksikan rancangan kartun Phineas and Ferb sempena cuti persekolahan ini.

Rancangan selama satu jam itu bakal bersiaran pada 27 November ini menerusi saluran 615 di Astro, pukul 6 petang,

Menerusi episod Summer Belongs to You itu, ia mengisahkan Phineas and Ferb mengambil kesempatan sempena musim panas untuk melakukan perjalanan selama satu hari ke seluruh dunia.

Bagaimanapun tidak siapa percaya kumpulan itu mampu mencapai hasrat mereka bagi mengelilingi dunia dalam tempoh yang singkat tetapi mereka membuktikannya.

Sementara itu Dr. Doofenshmirtz dengan anak perempuannya Vaneesa pula berhasrat untuk ke Tokyo, Jepun.

Perjalanan itu menjadi bencana apabila Dr. Doofenshmirtz menculik Major Monogram.

Bagaimanapun tiba-tiba muncul seseorang bernama Perry yang cuba menyelamatkan Major Monogram. Adakah Perry mampu dalam misinya itu?

Semuanya akan terjawab apabila anda menyaksikan rancangan itu nanti.

Hadiah berupa barangan Phineas and Ferb seperti tuala pantai, sandal, bola pantai dan buku nota boleh menjadi milik adik-adik hanya menjawab dua soalan mudah berikut selepas menonton rancangan itu.

1. Di mana Phineas and Ferb melakukan perjalanan terpanjang, terbesar dan menggembirakan hanya dalam masa satu hari?

2. Terangkan kenapa anda sukakan Phineas and Ferb (tidak lebih 15 patah perkataan).

Jawapan yang lengkap hendaklah dihantar melalui e-mel kepada disneytv@indeedcommunications.com dengan menyatakan tajuk e-mel “Disney Channel Phineas & Lomba Ferb-mStar”.

Setiap e-mel hendaklah dinyatakan bersama nama penuh, umur, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat surat-menyurat bagi urusan penghantaran hadiah.

Jawapan yang tepat hendaklah dihantar sebelum 10 Disember 2010.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan