Gosip Baik Atau Buruk Bantu Zain Popular

Diterbitkan: Isnin, 22 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin, 26, mengakui gosip yang disebarkan oleh media atau di internet sama ada baik atau buruk sedikit sebanyak membantu memperkenalkan namanya dalam industri seni.

Bagaimanapun, jelas Zain fokus utamanya ialah mahu meningkatkan mutu lakonan yang diakui masih lagi dalam proses pembelajaran.

“Saya akui gosip ada baik dan buruknya, ia boleh buat kita dikenali tapi kalau boleh biarlah gosip itu tidak keterlaluan sehingga menjejaskan nama.

“Sebagai artis perkara itu tidak boleh dielakkan. Bagi saya kalau yang tidak benar kita tidak perlu ambil berat dan terlalu memikirkannya,” ujarnya.

Dia yang digosipkan mempunyai hubungan dengan dua artis jelita iaitu Lana Nordin dan Rozita Che Wan mengakui pengalaman tersebut memberi pengajaran kepadanya agar lebih berhati-hati selepas ini.

“Saya pernah digosipkan dengan Lana sebab kami berpimpingan tangan di karpet merah di sebuah majlis, ketika itu saya anggap perkara tersebut tidak menimbulkan sebarang cerita, namun sebaliknya kami dikatakan bercinta.

“Tapi dari situ sebenarnya saya belajar untuk tidak melalukannya lagi pada lain masa bagi mengelakkan gosip yang sama,” katanya.

Zain yang menganggap Rozita sebagai teman rapatnya menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon jelita tersebut.

“Baru-baru ini saya digosipkan pula dengan Rozita, ketika membaca akhbar tentang berita itu saya hanya ketawa sebab ia tidak benar kerana kami rapat sekadar teman baik,” ujarnya yang mengenali Rozita melalui drama Kiah Pekasam.

Dalam pada itu, jelas Zain, biarpun gosip mampu menolak namanya untuk dikenali namun mutu lakonannya perlu seiring. Dia akui masih ada yang mengatakan lakonanya masih lagi kaku.

“Saya tidak mahu orang mengenali saya kerana gosip tapi apabila melihat lakonan masih lagi hancur. Memang masih ada yang berkata begitu tapi saya tidak menafikannya kerana saya masih dalam proses pembelajaran.

“Berlakon bukan boleh dipelajari secara teori tetapi ia perlu diasah dan dipraktikkan. Mungkin sekarang tahap lakonan saya masih lemah tapi Insya-Allah lama-kelamaan saya yakin ia akan bertambah baik,” katanya yang sudah membintangi lebih 10 buah drama dan telefilem tempatan.

Selain itu, Zian juga memberitahu perancangan kini mencari ruang mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian.

“Sebelum berlakon saya sebenarnya sangat berminat untuk menyanyi. Niat jadi penyanyi masih kuat dalam diri saya.

"Sekarang dalam proses untuk buat demo dan hantar ke syarikat rakaman. Insya-Allah tahun depan jika tiada halangan,” ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan