Pasangan Luekemia Pemenang Kempen Mahligai Impian

Diterbitkan: Ahad, 21 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasangan Michelle Lee Ching Yu, 29, dan Oliver Julian Oh Jie, 26, dipilih sebagai pemenang Kempen Mahligai Impian yang dianjurkan stesen televisyen TV3 dengan bekerjasama Association of Wedding Professionals (AWP) Malaysia.

Pasangan bertuah tersebut membawa pulang satu pakej perkahwinan yang dikendali dan ditaja sepenuhnya oleh AWP bernilai RM100,000. Mereka juga akan diraikan di sebuah majlis perkahwinan di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC), 25 November ini.

Kisah percintaan dan majlis perkahwinan Michelle dan Oliver akan disiarkan menerusi program Cerita Cinta pada 8 Disember, pukul 11.30 pagi.

Kempen yang bermula Julai lalu itu bertujuan membantu merealisasikan impian perkahwinan bagi pasangan yang menghidap penyakit kanser ataupun cacat anggota badan seperti pasangan pemenang yang mengidap penyakit leukemia.

Setelah 7 tahun menjalin kasih, Michelle dan Oliver telah pun mendaftarkan status perkahwinan mereka pada 20 Oktober lalu dan kini sah menjadi suami isteri selepas menjalani upacara ringkas ikrar sumpah di gereja.

Namun begitu, Michelle masih menyimpan hasrat untuk meraikan hari bahagianya bersama Oliver di dalam sebuah majlis perkahwinan yang ringkas tetapi meriah dan dihadiri oleh kedua keluarga terdekat, saudara mara dan sahabat handai.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar kempen ini adalah bertujuan memberi peluang kepada pasangan yang tidak mampu untuk merealisasikan impian perkahwinan mereka disebabkan masalah kesihatan.

“TV3 sangat bertuah dapat berkerjasama dengan AWP menerusi inisiatif dalam menyediakan peluang untuk meraikan mereka yang kurang bernasib baik.

"Selain itu, kami turut menerbitkan sebuah episod khas tentang perkahwinan pasangan Michelle dan Oliver dalam program Cerita Cinta supaya menjadi iktibar kepada para penonton untuk sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah mengalah kepada apa juga keadaan,” katanya.

Kecekalan Michelle dalam bertarung dengan penyakit leukimia sejak tahun 2008 boleh menjadi ikhtibar dan pencetus semangat untuk bakal pengantin yang mungkin mengalami nasib yang hampir serupa.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan