Eva Longoria Curah Kesedihan di Twitter

Diterbitkan: Sabtu, 20 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASANGAN selebriti Eva Longoria dan Tony Parker yang selama ini dikatakan sebagai pasangan bahagia telah dikejutkan dengan berita perpisahan mereka baru-baru ini.

Justeru Longoria mengakui dia sedang melalui saat yang sukar dan berat dalam hidupnya.

Dia juga sedih dengan nasib rumah tangganya, malah impian untuk memiliki keluarga utuh bersama suaminya turut hancur.

Dia telah mencurahkan kesedihannya itu melalui akaun Twitter peribadi miliknya.

“Tony dan saya memutuskan untuk bercerai. Ini adalah hal yang sangat menyedihkan kerana kami sudah etujuh tahun hidup bersama,” kata Longoria seperti dipetik dari Contactmusic.com, Jumaat.

Bintang drama Desperate Housewives ini tidak mahu menjelaskan sebab sebenar punca penceraian mereka.

“Kami saling mencintai dan berharap selepas ini masing-masing mendapat kebahagiaan yang dicari,” katanya.

Khabar angin yang tersebar punca penceraian ini ialah Longoria terjumpa pesanan peribadi suaminya untuk wanita lain, namun perkara tersebut dinafikan oleh Parker.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan