Komedi Di Astro Warna Boleh Kurangkan Tekanan

Diterbitkan: Rabu, 17 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kajian terhadap penonton yang dilakukan oleh Astro Warna menunjukkan rata-rata penonton terhibur dengan kandungan program yang dihidangkan di stesen televisyen bawah pakej Mastika itu.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani, kebanyakan program yang berunsurkan komedi di stesen televisyen itu diperakui boleh menenangkan tekanan atau "stress" penonton.

Atas faktor itu, pihak Astro Warna menghidangkan tambahan program baru yang terdiri daripada dua buah drama bersiri dan dua program sketsa komedi iaitu Jangan Pandang Belakang Congkak, Anak Mami Mek Ani, Ada Aku Kisah dan Gila Gila pada bulan November ini.

“Saya sendiri merasakan apabila stres, saya akan menonton Astro Warna. Jadi, selepas itu nak tidur pun senang. Setiap program yang disiarkan di saluran itu bersesuaian dengan jiwa orang Melayu.

“Jadi, sebab itu kami akan sentiasa memenuhi setiap permintaan penonton yang melanggan dengan kami. Misalnya, kami juga mempopularkan semula komedi 90-an melalui Ada Aku Kisah dan Gila Gila,” katanya ketika sidang media di Cathay Cineleisure Damansara, di sini, Isnin.

Biarpun begitu, mereka tetap menggariskan tahap komedi yang dibenarkan agar komedi yang disampaikan oleh pelakon tidak menyimpang jauh dan keterlaluan.

“Kami sentiasa menasihati semua pihak yang terlibat dalam sesebuah program atau drama agar tidak keluar dari parameter yang diformulasikan.

“Kami menitikberatkan kualiti rancangan dan karya-karya yang dihasilkan perlu melepasi piawai yang telah ditetapkan. Misalnya, setiap visual yang diambil perlu mencapai kualiti video filem selain menggabungkan pelawak dan pelakon komersil dalam watak lucu untuk menambah tarikan penonton,” ujarnya.

Tayangan drama bersiri Jangan Pandang Belakang Congkak sebanyak 26 episod akan menemui penonton pada setiap Jumaat, pukul 11 malam mulai 26 November ini.

Sementara drama 13 episod Anak Mami Mek Ani ditayangkan pada setiap Selasa, 9 malam mulai 30 November, Ada Aku Kisah (setiap Selasa, 9.30 malam, mulai 23 November) manakala Gila Gila (setiap Isnin, pukul 9.30 malam, mulai 29 November).

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan