Tiada Niat Cerai, Adnan Mahu Pulih Rumah Tangga

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adnan Abu Hassan.
Adnan Abu Hassan.

KUALA LUMPUR: Komposer Adnan Abu Hassan,51, (gambar) tidak berhasrat menceraikan isterinya, Siti Aminah Datu Bachtiyal,39, seperti yang didakwa sebaliknya kehadiran mereka ke Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 26 Oktober lalu adalah untuk mendapatkan nasihat melalui mahkamah.

Katanya, kunjungan itu juga merupakan jalan terbaik untuk memulihkan masalah rumah tangga yang sedang mereka hadapi.

“Saya sayangkan isteri dan anak-anak. Kedatangan kami ke mahkamah pada hari itu untuk mendapatkan nasihat dan pihak mahkamah meminta kami untuk berbincang bagi memulihkan keadaan rumah tangga,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran album Untaian Ilham Estetika Habsah Hassan di Restoran Puteri, Sungai Penchala di sini, Isnin

Kata Adnan, dia dan isteri masih tinggal serumah bersama tiga anak mereka berusia 9 hingga 14 tahun.

Tambah Adnan, selepas mendapatkan nasihat itu, dia bersyukur segala kekusutan yang berlaku sejak beberapa bulan lalu dapat dikurangkan.

“Alhamdulillah, nampaknya apa yang dirancang menjadi bertambah positif. Jalan yang terbaik jika kita ada masalah ialah kena duduk berbincang. Itu yang diharapkan,” katanya yang telah 15 tahun mendirikan rumah tangga.

Ditanya apakah punca masalah rumah tangga mereka itu, Adnan bagaimanapun enggan bercerita mengenainya kerana bimbang tindakan itu boleh mengguris hati pihak-pihak lain.

Bagaimanapun Adnan memberitahu dia agak kecewa apabila ada laporan yang mengatakan kononnya dia sudah bercerai termasuklah melarikan diri daripada media ketika berada di mahkamah.

Sebaliknya dia mengelak untuk memberi sebarang kenyataan kerana bimbang hasrat untuk berbaik itu menjadi lebih buruk dengan laporan dan persepsi yang tidak betul daripada pelbagai pihak.

Media sebelum ini melaporkan isteri komposer itu mengemukakan permohonan secara fasakh yang ditetapkan untuk sebutan semula pada 22 November ini.

Tarikh itu ditetapkan selepas Adnan dan Siti Aminah menghadiri prosiding yang diadakan secara tertutup selama 20 minit di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Suhaily Rosdi pada 26 Oktober lalu.

Pada prosiding itu, Adnan yang dinamakan sebagai defenden diwakili peguam syarie, Muhyieddin Murad manakala peguam syarie Ishak Syaaban mewakili Siti Aminah selaku plaintif.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan