"Selepas Kahwin, Mizz Nina Tak Boleh Seksi" - Noh (Hujan)

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mizz Nina dan Noh, pasangan bahagia yang sendang membilang hari untuk bergelar suami-isteri.
Mizz Nina dan Noh, pasangan bahagia yang sendang membilang hari untuk bergelar suami-isteri.

KUALA LUMPUR: Teka teki gosip pertunangan pasangan Mizz Nina atau Shazrina Azman,30, dan penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh,26, terjawab apabila mereka membuat pengumuman telah pun bertunang pada 6 November.

Majlis pertunangan tersebut diadakan di rumah keluarga Mizz Nina di Ampang Jaya, Selangor yang dihadiri kira-kira 50 orang sanak saudara termasuklah keluarga Noh dari Miri, Sarawak.

Menurut Nina, tujuan mereka merahsiakan majlis pertunangan tersebut adalah untuk menghormati permintaan keluarga yang inginkan majlis dilakukan secara privasi.

"Pada majlis pertunangan itu, pakaian inilah yang kami kenakan. Baju kurung moden saya ini direka oleh Lady Jane dan Noh pula daripada Saiful Baharim. Ia merupakan sebuah majlis yang sangat sederhana.

"Mengikut perancangan, kami akan bernikah sempena tarikh lahir saya iaitu 1 Julai 2011. Kemudian bagi majlis resepsi pula kami akan bahagikan kepada dua iaitu pada 3 Julai 2011 untuk keluarga dan tetamu-tetamu VIP di Hotel Shangri-La dan pada 6 Julai 2011 untuk rakan-rakan dan para media di Hotel Doubletree, Kuala Lumpur.

"Di Sarawak pula majlis resepsi diadakan pada 15 Julai 2011. Sebenarnya kami ingin melangsungkan perkahwinan pada tahun ini juga, tetapi kerana kesuntukan masa dan jadual karier yang padat, kami terpaksa menukar tarikh," katanya pada sidang media khas yang diadakan di Restoran Seri Melayu, di sini, Selasa.

Pihak lelaki telah bersetuju untuk memberi wang hantaran kepada Nina sebanyak RM11,000 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88.

Sementara itu menurut Noh, cinta mereka mula berputik selepas menerbitkan lagu duetnya bersama Nina berjudul Kurnia.

"Ramai yang menyangka lagu Kurnia dicipta ketika kami sedang bercinta tetapi sebenarnya kami bercinta selepas lagu itu dihasilkan.

"Nina seorang yang sangat tenang dengan dalam apa juga keadaan. Berbeza pula dengan saya yang sangat kecoh. Paling penting, dia menghormati orang yang lebih tua," jelasnya.

Ditanya mengenai imej Nina selepas berumah tangga nanti, kata Noh, dia tidak melarang bakal isterinya itu untuk bergaya tetapi secara berseloroh dia mahu Nina tidak kelihatan seksi.

"Hmm... Sebelum ini saya ada nasihatkan tentang imej dia. Jadi rasanya dia tak boleh seksi selepas ini," katanya sambil ketawa.

Kedua mereka bercadang untuk berbulan madu ke Mauritius atau London selepas majlis perkahwinan nanti.

Bagaimanapun, pasangan ini tidak bercadang untuk memiliki anak dalam masa terdekat ini selepas kahwin kerana ingin mengukuhkan kerjaya masing-masing.

"Mungkin kami akan memiliki anak pada tahun 2013," kata Noh.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan